Pra Cliffordian reunion raya

Kepada semua yang rasa diri dia Clifordian 97 (sila rujuk definisi di muka depan blog) aku sebagai moderator blog ni, dan sebagai wakil kepada pro-tem commitee Cliffordian 97 nak ucap Selamat Hari Raya Idulfitri dan maaf zahir dan batin.

Woi, sementara tengah sedap mencekik lemang, ketupat, nasi himpit sambil ratah rendang daging dan ayam ingat-ingatlah kita saling mengingati antara satu sama lain. Kitakan budak Clifford.

Aku sebenornya nak suruh Raop, buat perutusan skit sempena raya ni, tapi boleh pulak aku terlupa. Sori semua. Nanti kita suruh Raop bagi perutusan selepas/pasca raya, tapi kena tunggu cuti raya abis.

Sebelum aku lupa ni, ada perkara penting kome kena ingat. Pada hari Sabtu atau 4 Raya, kome jangan lupa datang ke reunion Cliffordian97 kat rumah Dijon. Ape2 hal, kome boleh kontek Raop. Kalau tak tau jalan nak ke rumah Dijon ker, aper juadah yang dihidangkan - nak suruh tuan rumah siap2 kurangkan atau lebihkan gula ker, duit 10 hengget yang kena bawak tu untuk apa ataupun nak confirmkan kedatangan kome.

Ha.. sebut pasal duit 10 tu teringat pulak, jgn lupa bawak duit 10 hengget untuk ditong2kan untuk majlis tersebut.

Untuk Yazdi, Bad or Epin aku akan updatekan apa yang jadi malam tu kat kome seawal-awalnya pukul 3 takpun keesokannyalah. Paham2 je lah mesti ada sessi tak rasmi selepas abis sessi rasmi malam tu.

Sekali lagi diingatkan.

0 comments: