Rumah dah dapat, tak yahlah sebok-sebok nak cari rumah dah. Cliffordin 97 Reunion Raya akan diadakan di rumah Djon kat Sayong Lembah. Tok sah riso, kalau tak tau macam mana nak pergi. Nanti aku suruh Raop @Tuan Presiden supaya bagi alamat penuh, tak pun lukis aje peta ke rumah dia.
Cliffordian 97 Reunion Raya dibuat pada sebelah malam iaitu pukul 9: 00 malam sampailah tuan rumah dah muak tengok muka kita dan halau kita tak pun sampai lebam. Oooh lupa nak khabo bila? Aku rasa korang takde program Raya ke 4 kan? Atau yang dah ada program raya ke 4 ni, harap-harapla kawan-kawan boleh batalkan program yang dah kawan-kawan planning tak pun tundalah ke hari-hari lain. Majlis tu akan diadakan pada Raya ke 4.
Haaa... ni ada satu peringatan daripada tuan Presiden: kawan-kawan sekalian adalah tidak digalakkan untuk membawa pasangan anda (yang dah kahwin jangan bawak bini, yang belum jangan bawak tunang atau awek).
Sebelum aku terlupa lagi kawan-kawan semua hendaklah memberi sumbangan kepada majlis tersebut, seminimanya RM10. Kesian kepada Djon sekeluarga yang bertungkus lumus menjayakan majlis tersebut - menyediakan juadah untuk kawan-kawan sekalian. Anggap jer sumbangan RM10 tu macam duit raya sedekah kat anak-anak sedara kita.
Cliffordian 97 Reunion Raya
Posted by
Editor
on Monday, September 22, 2008
Labels:
Cliffordian 97 Reunion Raya
0 comments:
Post a Comment