Belasungkawa

Kawan2, ada ingat tak lagi dengan Zaki. Alaa.. Zaki Jipang.. budak2 asrama sure kenal. Tapi dia tak sekolah Clifford selepas form 3. Dia ke Teknik lepas tu. Tak silap aku Teknik Padang Rengas kot.. oops.. sori geng wa lupa la pulak.

Aku cuma nak khabo, baru sat ni tadi Raop aka Tuan Presiden, msg kat aku yang kata; mak (sori, Raop sendiri tak tahu samada mak atau bapak dia yang dah meninggal) Zaki Jipang dah meninggal dunia. Innalillahi hiwainnalillahirojium. Kawan2 mari kita sedekahkan surah al-Fatihah kepada orang tuanya (mak atau bapak). Semoga mak atau bapak dia dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan orang2 yang soleh dan solehah.

Dan dikesempatan ini, aku mewakili (walaupun tak pernah orang suruh) ingin mengucapkan takziah kepada Zaki Jipang sekeluarga atas kehilangan orang tuanya.

0 comments: