Pasca Cliffordian reunion raya

Alamak, Epin dah marah.

Jangan marah Pin, bukan maksud aku untuk melukakan hatimu. Aku tengah bz skang, anak2 sedara aku balik raya ni. Depa asyik kat komputer, main game. Tu pasal, aku tak dapat nak update macam yang aku janjikan.

Kalau menurut Tuan Pengerusi, majlis malam tu gagal untuk mencapai matlamatnya. Tapi bagi aku pulak, majlis dah cukup buat aku seronok. Bukan senang wo -- pada saat kawan2 yang kena balik kampung bini, yang kena kerja, cuti dah abis dll -- untuk kumpulkankan seramai lebih kurang 30 lebih Cliffordian97. Jumlah tu bagi aku dah cukup bayak dah.

Malam tu ada yang keras pipi, perut sebab gelak terlalu banyak. Sekali lagi, aku kata 'bukan senang wo'. Raya setahun sekali dapat gelak besar dengan kawan2 lama. Cerita pasal hidup di asrama, mengumpat Omar, Chot, Mat Over dan Epin.. Ooops..

Ada yang siap tiru suara Omar -- Toron tak dapat datang lak, kalau tidak mesti riuh dia ngan suara Omar, tapi Raop pun ok jugak, tiru suara Omar -- tiru gaya Mat Over, Chot, Paridah, Apidah, Marina.

Raop dengan cerita yang paling best malam tu, cerita 'Siapa berak kat kelas 4V2 (aku dah lupa kelas apa)', boleh buat kengkawan sakit perut gelak. Raop cerita, "Mat Over selak2 laci terpegang taik. Abis taik kat merata whiteboard pun ada." Sampai sekarang sape yang berak tu masih lagi jadi tanda tanya.

Memang. Cerita tu diulang tayang setiap tahun, tapi cerita tu jugaklah dapat sambutan. Cerita tu dan macam2 cerita lagi, boleh buat kita tersenyum seorang bila fikirkan sengsorang dan akan gelak beso bila dengan kengkawan.

Majlis malam tu, buatkan aku tersedor yang kita semakin jauh meninggalkan zaman sekolah kita dan aku personally rasa rindu sangat zaman2 tu.

Walaupun dibekalkan balik dengan lebihan bihun dan ayam bbq, namun tidak ada yang lebih bermakna dari 'bekalan' kenang2an yang aku bawa balik. Kepada Raop, yang bersusah payah mengendalikan majlis tu, aku ucapkan tahniah dan berbanyak-banyak terima kasih. Raop melayakkan dirinya selaku Tuan Presiden Cliffordian97 dengan kelam kabut ke sana sini menjemput kengkawan yang tak tau ke rumah Dijun, menguruskan hal makanan dll lagi.

Kepada Mamee, Mat Pat, Junai dan Wan Chicak terima kasih sebab merancang untuk menjemput aku. Terima kasih jugak kat Mat Pat dan Junai yang meranjo aku pakai baju lengkap dengan samping, macam orang nak pergi menikah.

Tapi malam tu takde yang lebih mengejuk selain dari tengok Itik yang dah kurus macam papan. Aku terkejut lagi ni. Dasat tul Itik. Mamee pun dah kurus gak tapi tak macam Itik. Badan yang lain semua dah naik. Lan, Li, Junai, Aku dan Raop, Itik pulak boleh kurus.

Raop pun ada ucapan untuk majlis malam tu, " kepada semua warga Clifford 97 aku mohon ampun dan maaf jika ader terkasar bahasa dan terkutuk lebih lebih. Kepada yang ader dose ngan aku baik minta maaf cepat cepat."

Juga dari aku, kepada semua Cliffordian97 sempena raya ni aku mintak ampun dan mintak maap dan jugak kepada yang hadir malam tu aku jugak nak mintak ampun dan maap kalau aku ni menyusahkan kome semua. Aku akan lebih mandiri lain kali.

Kepada Bad, Yazdi, Fakh, Lan Joben, Megat dan Bad Bulu, kome semua rugilah.

p/s=kepada sesape yang ada gambo boleh bagi... Raop aku nampak ada kamera malam tu.

0 comments: