Atas perbuatan atau tindakan Bendahara Paduka Raja Tun Perak maka terselamatlah Hang Tuah dari mati dibunuh. Walaupun tindakan Bendahara jelas melanggar perintah raja dan secara terang-terangan menipu raja tetapi raja menganggap bahawa tindakan Tun Perak merupakan suatu tindakan terpuji.
Aku tak pernah habis baca buku Hikayat Hang Tuah (buku tulisan jawi, aku tak berapa terer baca tulisan jawi - merangkak!) dan juga Sejarah Melayu (teringat masa masuk form 6 sastera dengan Ipin, Aizul, Md Noor dll - masa tu wajib baca Sulalatus Salatin - Cikgu Vogue Cik Hajah Werda (dia ni dah kawin ke belum).
Tapi aku rasa penulis hikayat tu - Tun Sri Lanang - beruntung (ataupun malang) sebab pada zaman tu tak wujud lagi komputer, internet or blog. Kalau tidak mesti dia pun sama macam aku, tak tau mana satu nak tulis. Sibuk. Penin aku.
Dah tu pulak dalam keadaan sekarang ni. Aku betui-betui mintak maaf.
Betui jugak cakap Yazdi, "UMNO, PKR, PAS + parti2 lain, sume cakap xbleh pakai.. masing2 agenda xikhlas n pendirian = mcm munafiqin".
Lepaih ni kalau ditakdirkan tuhan aku sihat, aku ingat aku nak join DAP, depa tengan cari orang Melayu untuk bertanding di kawasan DUN kat Perak ni. Untung2 boleh jadi MB. Jadi boneka Cina, bagi tanah kat oghang Cina.
Ha ha ha..
Berangan.. degree pun kantoi..
Alamak. Cut the crapla.. apa politik-politik ni.
Kat bawah ni ada tulisan2 Cliffordian 97. Ada satu dua yang berbau politik. Politik kepembangkangan. Em.. aku siarkan bukan apa, cuma nak provokkan kome-kome yang tanak nulis, kepada yang politik pro kerajaan emel kan kat aku tulisan-tulisan kome. Aku akan siarkan.
Aku dah bagi jalan kat kome nak tulis kat dalam blog secara direct, cuma Jamel, Haris Fadzli, Idan dan aku. Yang lain tak accept kot emel dari blogger.
Kalau takde, sendkan kat aku emel kosong. Peh tu, aku send kan satu emel dari blogger. Kome acceptkan. Masuk ke blogger.com, login bg id: -- dan pword/kata sandi/kata laluan: -- . Kome cuma boleh post jer. Tu kome postler artikel kome. Kome nak kat Anwar gay ker. Mahathir dah nyanyukker.. terpulang.
Jadi takpayahler aku susah2 nak masukkan artikel2 kome kat dalam blog. Dah tu kalau ada apa kenduriker, jamuan, majlis, makan beso dll kome boleh ajak kawan2 lain datang.
3 comments:
Sultan jatuhkan hukuman pada Hang Tuah tanpa usul periksa dan terpedaya dgn hasutan luar
(Pemimpin yg lemah)
Manakala Hang Jebat yg kecewa dgn tindakan Sultan menyebabkan kerajaan menjadi huru hara.
(Perjuangan yg personal dan tiada agenda yg jelas)
Tindakan Tun Perak yg tidak mengikut perintah Sultan, akhirnya Jebat dan Tuah saling berbunuhan.
(kepincangan dlm strategi)
Hang Tuah pula adalah hamba Sultan yg taat hingga sanggup menghukum sahabat karibnya
(Pak turut)
Akhirnya apa berlaku?
Adakah Sultan sedar atas kesilapannya?
Adakah Hang Tuah bangga kerana taat pada Raja?
Adakah strategi Tun Perak tepat dan bersesuaian?
Sia2 kah matinya Hang Jebat?
rakyat jelata etc etc?
My conclusion: kita belajar dr Sejarah, xperlu kita ulang kesilapan yg sama berulang kali.. terlalu tipikal.. Jgn bertuankan Politik dan Ideologi manusia.
Ikut Al-Quran (2:185) n Sunnah Rasullulah SAW. Perlunya ada muslim yg berkualiti dgn ilmu. Hanya dgn Ilmu barulah Din Allah dapat ditegakkan. Dalam Al-Quran, perkataan Allah atau yg merujuk pada Allah adalah yg paling byk, dan diikuti dgn perkataan "Ilmu"
(779 kesemuanya). Skop Ilmu begitu meluas. Teroka Ilmu, jgn jd Pak Turut, jgn buta perjuangan dan setidak2 nya jd lah khalifah diri yg hebat. A reminder for myself and for those who want to share.
JazakAllah
what a sweet comment... kalau hang jadikan dia postingkan lagi besh...
sendler kat aku.. aku publishkan...
Post a Comment