bila kita dah nyayuk tapi berasa muda

di ambil drpd Virus Kualer oleh Raop

Nyayuk adalah satu sifat yang selalu ditujukan kepada golongan warga Tua atau dalam bahasa yang sedap didengar adalah warga emas. Tapi adakah kita terfikir kenapa manusia boleh jadi nyayuk boleh jadi pelupa dan ade ketika boleh hilang pertimbangan. Adakah golongan daripada warga Perak tidak terlepas daripada penyakit tersebut. Ada yang jawap YA dan Ada yang kata TIDAK.

Aku bukan nak berbicara mengenai nyayuk ataupon penyakit pelupa tetapi aku ingin meluahkan aper yang terbuku dalam kotak fikiran aku. UMNO sebenarnya ketandusan idea dalam mentadbir negara Malaysia. Mereka ini ibarat sebuah kereta lama yang tidak pernah diservice dari mula ianya dibeli.

Yang dia tahu bile minyak petrol habis dia isikan, jika tayar kereta dah botak dia tukarkan jika dah rosak teruk takyah repair repair biar kerete tu reput je kat situ. Maka dia tak mendapat merasa pengalaman dan nikmat menaiki kereta jenama lain kerana dalam kotak fikiran mereka banyak memikirkan risiko daripada menyelesaikan risiko atau dalam ertikata lain play save.

Lihat sahaja
pada hari ini siapa ada yang tidak dapat menerima hakikat ada pemimpin yang lebih baik daripada barisan mereka maka kerana pemimpin yang lain selalu bertukar tukar kereta dan boleh menceritakan kereta yang mana mempunyai condition yang bagus connering yang best dan yang penting kereta mana maintenance keretanye yang flaksible dan yang penting ianya tak tinggi.

Ianya tidak jauh bezanya dengan mentadbir sesebuah organisasi mahupon besar atau kecil. Jika seseorang itu memiliki skop pandangan yang luas disebabkan dek pengalaman, kebajikan, ketulusun dan keikhlasan maka sistem kerjanya tentu world berbanding dengan seseorang yang tidak mahu keluar daripada kempompongnya sendiri maka skop pemikiranya adalah terhad dan kadang kala keputusan yang dibuat akan membuatkan sesuatu organisasi menjadi porak peranda.

MANUSIA MEMANG SUKA MENOLAK USUL ATAU ERTI KATA LAIN MEMBANGKANG TAPI ADAKAH SELEPAS MEMBANGKANG SESUATU USUL ITU KITA GANTIKAN DENGAN CADANGAN YANG LAIN.

Itulah yang terjadi pada UMNO mereka membangkang setiap usul yang di
berikan oleh PAKATAN RAKYAT tapi tidak satu pon usul yang keluar daripada YB UMNO yang aper ader mereka lebih suka merancuni pemikiran rakyat jelata supaya membenci PAKATAN RAKYAT walau dengan ape cara sekalipon.

Pernah kita ambil Iktibar daripada cerita SINGAPURA DILANGGAR TODAK. Situasi yang sama jugak berlaku di Perak tapi Perak tak di langgar TODAK tetapi dirampas hak. HANG NADIM adalah seorang budak yang bijak sana dan memiliki satu pandangan yang luas dan terkehadapan daripada kanak kanak yang seusia dengannya.

Kemanan Singapura menjalani kehidupan seharian disetap dengan peristiwa nelayan di serang sekumpulan Ikan Todak. Dan ianya berlarutan sehingga sesiapa yang ambil angin atau bermain ditepian laut turut diserang Ikan Todak.

MENTERI MENTERI KABINET Singapura mengambil peluang ini utuk menjadi HERO atau mendapat nama, mencadangkan kepada SULTAN agar membuat benting daripada badan manusia.

Maka SULTAN pada ketika itu mungkin dah disogok dengan kata kata dan omong omong yang best giler terus terima tanpa memikirkan perasaan dan hak manusia sebagai rakyat. Maka dari hari ke sehari ratusan nyawa manusia melayang bukan akibat dihentam oleh FRU atau BOM ASAP tapi ditikam dengan muncung Ikan TODAK.

Dan SULTAN Singapura pada ketika itu menjadi tak karuan sebab rakyat membuat SOLAT HAJAT MUNAJAT agar Allah Taala menunjukan jalan yang benar. Dengan Izin ALLAH maka muncullah penyelamat CILIK mencadangkan kepada SULTAN agar dibuat benteng menggunakan BATANG PISANG.

Maka MENTERI YANG TERLIBAT yang selama ini merasakan diri mereka teramat pandai dan yang kuat jilat terasa tercabar. Lihat dengan cadangan HANG NADIM yang menjadi maka MENTERI YANG TERLIBAT terasa kedudukan mereka terancam Menyembah menghadap SULTAN agar dibunuh sahaja HANG NADIM ini kerana walaupon masih kecil tetapi dapat berfikir secara profesional dan matang.

Kalau dibiarkan Hang Nadim hidup bila dia besar nanti akan menjadi pemberontak dan mengadakan demontrasi jalanan untuk manjatuhkan Sultan. Maka setelah dipikir cadangan MENTERI dan di sokong oleh MUFTI pada ketika itu maka SULTAN menitahkan agar Hang Nadim di HUMBAN DITENGAH LAUT.

Maka terjadilah episod SEMBAH DERHAKA IBUBAPA HANG NADIM agar hukuman mati tidak diteruskan kerana niat sebenar HANG NADIM adalah ikhlas hendak menolong menyelesaikan masalah yang dihadapi SINGAPURA. Hukuman diteruskan maka MENTERI MENTERI YANG KAKI JILAT merasakan puas kerana tiada lagi RAKYAT YANG AKAN BERANI BERSUARA ATAU MEMBERIKAN CADANGAN kerana misi mereka adalah BIAR MEREKA YANG PIMPIN NEGARA DENGAN APA JUA CARA DAN BIARLAH RAKYAT DI PERAH KERINGGAT TANPA RAKYAT BERTANYA KENAPA DAN MENGAPA SEBABNYA?


Maka kejadian Singapura dilanggar TODAK sedikit sebanyak bersamaan dengan apa yang terjadi di Perak. UMNO tidak mahu melihat rakyat memiliki hak untuk bersuara walaupon mereka ini menyatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara demokrasi. UMNO juga menggunakan tipu muslihat untuk mengenepikan hak rakyat sebagai memilih pemimpin.

Tiada bezanya nasib HANG NADIM DENGAN PAKATAN RAKYAT tapi yang membezakan kedua dua setuasi ialah rakyat sudah muak mengikut telunjuk pemimpin yang membelakangi rakyat.

Rakyat sentiasa di tipu dan terus di tipu sehinggakan SUARA RAKYAT DIANGGAP PENDERHAKA, SUARA RAKYAT DISOGOK DENGAN WANG RINGGIT DAN SUARA RAKYAT DIJADIKAN SEBAGAI PENCENTUS HURU HARA. Rakyat seharusnya boleh bersuara kerana rakyat yang membayar cukai. Pergi membeli belah rakyat dikenakan cukai, isi minyak petrol rakyat membayar subsidi kepada negara
, makan makanan segera, di food court, di PLUS semua nya dikenakan cukai dan ianya dibayar oleh rakyat.

Rakyat juga membayar cukai tanah, cukai pintu, cukai pendapatan, membayar socso dan kwsp maka WAJAR RASENYA RAKYAT BERSUARA UNTUK MENeNTU KEADILAN. GAJI MENTERI PON RAKYAT BAYAR kenapa mesti di ZIP mulut rakyat.

TEPUK DADA TANYA IMAN

2 comments:

yazdie said...

Dalam diri kita terlalu byk terpengaruh dgn ideologi ciptaaan manusia yg tidak selari dgn AQ dan Sunnah. Kita buta arah dan cenderung pada minded yg sempit. UMNO, PKR, PAS adalah drpd satu acuan melayu. Hasilnya tetap minded kemelayuan yg tipikal. Ramai org mengatakan perlunya Madinah (Hijrah) sebelum menawan Mekah. Paling tidak kita izinkan diri kita berhijrah utk memahami Islam secara menyeluruh (2:208). Apabila kita berdepan dgn Allah kelak, mahukah kita berbangga dgn ideologi ciptaan manusia? sudah muslimkah kita disisi Allah? mana Fisabilillah?

Renungan bersama

JazakAllah

P/S : Musuh yg paling besar adalah diri kita sendiri.

vairus said...

itu bezanya PAs dengan umno/PAs tidak memperjuangan idealogi sepertimana UMNO.adakah Islam cuba dibawa oleh PAS seperti idealogi.adakah percubaan menegakkan hukum hudud adalah idealogi.PAs tidak memperjuangakan bagsa seperti mana UMNO.PAS berjuangkan Islam.kalu UMNO tidak memperjuangkan bangsa dan memperjuangkan Islam adakah itu juga dikatakan idelogi.Adkah dengan Parti PAS semuanya dikatakan idealogi.kita berpolitik utk memilih pemimpin yang tidak menolak Islam tidak kira apa bangsa janji dia tidak menolak hukum Allah.bagaimana kita menyatakan musuh utama adalah diri kita?ia akan menjadi musuh jika membiarkan golongan munafikin seperti umno memerintah kita.