Elok kita bertenang dan bawa bersabar. Dan kita seharusnya insaf, masalah politik kita jauh lebih ringan jika nak di bandingkan dengan masalah ekonomi yang bakal menjerut kita, jika tidak ditangani dengan cermat dan berhati-hati.
Esok, hanya tinggal 39 hari sahaja untuk 2009 menutup suku tahun pertamanya. Seperti kebiasaannya, konglomerat-konglomerat Malaysia dan kerajaan-kerajaan di dunia ini akan mengumumkan prestasi kewangan masing-masing untuk tahun 2008. Dan seperti kebiasaannya, mereka juga akan memberikan jangkaan akan prestasi mereka untuk baki 2009.
Dan, jika angkanya kurang memberangsangkan, janganlah kita terkejut. Kuasa beli isirumah sudah dikecilkan, berikutan siri-siri pembuangan kerja, retrenchment, force leave, half-paid salary yang berlaku 50 hari yang lepas. Siri-siri pengecilan ini akan menampakkan kesannya dalam tempoh 39 hari yang berikut ini.
USA baru sahaja meluluskan injection 750 Billion lebih sebagai pakej merangsang ekonomi. Sebelumnya, USA sudah pun meng'inject' 700 billion sebagai langkah segera pemulihan suku tahun ke-empat mereka yang lalu. Namun, kurang berkesan, dan adakah pakej baru ini berkesan? Hanya masa akan menentukan.
Dalam konteks Malaysia, akan diumumkan pakej suntikan 11 billion, kurang 17 billion dari yang di syorkan mahaguru ekonomi Malaysia, Tun M. Sedangkan pergerakan ekonomi sekarang memerlukan tindakan agresif dan galakan perbelanjaan yang menarik untuk rakyat terbanyak. Rakyat perlu diajak untuk kuat berbelanja dan mengguna. Ini seharusnya menjadi dasar kerajaan.
Sedangkan dari maklumat awal ISIS, kajian rambang mendapati rakyat terbanyak cenderung untuk menyimpan. Pelabur duit dan isirumah sekarang nampaknya punya pemikiran yang sama, iaitu berhati-hati dalam berbelanja.
Kerajaan perlu rakyat berbelanja sakan. Rakyat pula ingin menabung untuk masa-masa sukar yang kehadapan. Persamaan songsang ini yang perlu ditemukan.
Dalam masyarakat yang mempunyai persepsi rasuah yang tinggi dan jurang pendapatan yang entah apa-apa skalanya, ini pasti sukar. Dan yang amat mengecewakan, orang-orang berkepentingan dan rakyat terbanyak masih ada hati lagi ingin berpolitik sepertinya esok mahu kiamat dan berlagak seperti kuasa pemerintahan itu boleh di bawa ke lubang kubur dan mengenyangkan perut.
0 comments:
Post a Comment