Deepavali nal vathukal!

Pada hari yang berbahagia dan penuh bercahaya ini diharap cahaya kebaikan akan terus bercahaya menewaskan unsur-unsur kejahatan, menerangi kegelapan hari yang kita lalui.

Beringatlah, unsur-unsur kejahatan akan pasti ada dan terus ada. Dan menentangnya adalah tanggungjawab semua manusia di muka bumi ini. Cuma kita punyai cara yang berbeza-beza untuk melawannya.

Kami Cliffordian97, ingin mengucapkan Deepavali nal vathukal buat kawan-kawan penganut agama Hindu. Semoga berbahagia selalu di hari yang mulia ini.

Deepavali nal vathukal!

Gambo Cliffordian 97 reunion raya 2008 - Kamera Raop



klik pada gambo untuk paparan yang lebih jelas

Belasungkawa

Kawan2, ada ingat tak lagi dengan Zaki. Alaa.. Zaki Jipang.. budak2 asrama sure kenal. Tapi dia tak sekolah Clifford selepas form 3. Dia ke Teknik lepas tu. Tak silap aku Teknik Padang Rengas kot.. oops.. sori geng wa lupa la pulak.

Aku cuma nak khabo, baru sat ni tadi Raop aka Tuan Presiden, msg kat aku yang kata; mak (sori, Raop sendiri tak tahu samada mak atau bapak dia yang dah meninggal) Zaki Jipang dah meninggal dunia. Innalillahi hiwainnalillahirojium. Kawan2 mari kita sedekahkan surah al-Fatihah kepada orang tuanya (mak atau bapak). Semoga mak atau bapak dia dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan orang2 yang soleh dan solehah.

Dan dikesempatan ini, aku mewakili (walaupun tak pernah orang suruh) ingin mengucapkan takziah kepada Zaki Jipang sekeluarga atas kehilangan orang tuanya.

Cahaya mata: Kameel's Baby



Laa.. aku lupa facebook. Tapi takpe, Kameel dah online dah. Di atas ada slideshow gambo anak dia. Kome semua tak nak share gambo kenangan kome ke.

Cahaya Mata 3

Yaah.. sekali lagi Pika memungkiri janji.

Eh jangan lupa, akukan peng"admire" Anwar, jadi sedikit sebanyak  aku terpengaruh dengan dia. Jangan salahkan aku.

Wo geng, alamak, Kameel tak balas-balas emel aku. Sibuk betul dia. Anak sulungler katakan.  Puas aku cari kat google.  Taip Katrina-Baby-Kameel-Ispha.  

Tu la Pika, yang pergi closed YM tu sebelum sempat bookmark buat apa. Hari tu dah ada dah.

Yan tambah masalah pulak  fon aku abis kredit.

Sian kome.  Sure tertunggu2 gambo anak Kameel n berita terbaru pasal dia.  Tapi apa yang boleh aku cakap, serupa dengan anak Jibom, anak Kameel pun cute jugak. 

 Oklah.. kalau ada yang nak share gambo baby ker gambo sendiri ker, kome boleh anto kat aku.. kat zulfikar.samsuri@gmail.com

p/s - Bad tanak share, Wand Cikgu dah ada anak ker belum, aku dengor yang mungkin akan ada anak, E Pancoot kot.. aa.. Raop tanak share gambo baby.. lagi sapa yang ada lagi.. gambo anak tekak aku nak tengok jugak ker?

Cahaya Mata 2

Kameel punya bini pun bersalin jugak, dapat anak pompuan. Katrina namanya kalau tak silap aku. Aku ada gambar, tak yah tunggu kakak aku. Esok aku siarkan. Berserta dengan maklumat terbaru. Sat ni aku nak tido dulu.. gud nite. Bye...

Cahaya Mata

Wah Jibom, Tahniah. Dah jadi bapak budak sekarang. Sori, aku tak dapat nak upload gambo baby dia hari ni. Ada masalah sikit. (Bukan ada masalah, tapi tak tahu. Tunggu kakak aku balik.)

Cute. Ada iras Jibom sikit.

Nama dia An'nur Atiliya Afiqah. Pergh.. nama dia. Sape bagi? Kalau kamu bagi nama tu Jibom, sungguh dasat kamu ni.

Baby tu dilahirkan pada 29/9 di Pusat Islam al-Ridzuan, Ipoh. Beberapa hari sebelum Reunion Raya Cliffordian97. Dan ikut kata Jibom pasai tu dia tak dapat.

Uiks.. kalau tak silap aku reunion tu dibuat 4 Oktober, baby tu lahir 29/9. Alasan tak kukuh la Jibom... heheeeh... Tak, saje memain je. Itu anak pertama kamu, memang patut pun kamu tak datang reunion hari tu. Mana nak cari lampin, nak jaga bini dengan anak yang baru lahir, nak buat kenduri kesyukuran dll. Eh, lupa nak tanya, bini kamu dah keluar hospital belum? Aku dan kengkawan yang lain akan doakan bini dan anak kamu cepat sihat.

Kepada kawan2 yang tinggal dekat dgn tempat Jibom, bolehlah pergi melawat dan ucap tahniah secara live dengan Jibom dan kepada yang ada nombor Jibom leh SMS atau call ucap tahniah.

Bagi mereka yang tak de no fon Jibom atau tak tinggal dekat dengan tempat Jibom, kome semua bolehlah ucap tahniah dari jauh dengan mendoakan kesejahteraan Jibom sekeluarga.

Pasca Cliffordian reunion raya

Alamak, Epin dah marah.

Jangan marah Pin, bukan maksud aku untuk melukakan hatimu. Aku tengah bz skang, anak2 sedara aku balik raya ni. Depa asyik kat komputer, main game. Tu pasal, aku tak dapat nak update macam yang aku janjikan.

Kalau menurut Tuan Pengerusi, majlis malam tu gagal untuk mencapai matlamatnya. Tapi bagi aku pulak, majlis dah cukup buat aku seronok. Bukan senang wo -- pada saat kawan2 yang kena balik kampung bini, yang kena kerja, cuti dah abis dll -- untuk kumpulkankan seramai lebih kurang 30 lebih Cliffordian97. Jumlah tu bagi aku dah cukup bayak dah.

Malam tu ada yang keras pipi, perut sebab gelak terlalu banyak. Sekali lagi, aku kata 'bukan senang wo'. Raya setahun sekali dapat gelak besar dengan kawan2 lama. Cerita pasal hidup di asrama, mengumpat Omar, Chot, Mat Over dan Epin.. Ooops..

Ada yang siap tiru suara Omar -- Toron tak dapat datang lak, kalau tidak mesti riuh dia ngan suara Omar, tapi Raop pun ok jugak, tiru suara Omar -- tiru gaya Mat Over, Chot, Paridah, Apidah, Marina.

Raop dengan cerita yang paling best malam tu, cerita 'Siapa berak kat kelas 4V2 (aku dah lupa kelas apa)', boleh buat kengkawan sakit perut gelak. Raop cerita, "Mat Over selak2 laci terpegang taik. Abis taik kat merata whiteboard pun ada." Sampai sekarang sape yang berak tu masih lagi jadi tanda tanya.

Memang. Cerita tu diulang tayang setiap tahun, tapi cerita tu jugaklah dapat sambutan. Cerita tu dan macam2 cerita lagi, boleh buat kita tersenyum seorang bila fikirkan sengsorang dan akan gelak beso bila dengan kengkawan.

Majlis malam tu, buatkan aku tersedor yang kita semakin jauh meninggalkan zaman sekolah kita dan aku personally rasa rindu sangat zaman2 tu.

Walaupun dibekalkan balik dengan lebihan bihun dan ayam bbq, namun tidak ada yang lebih bermakna dari 'bekalan' kenang2an yang aku bawa balik. Kepada Raop, yang bersusah payah mengendalikan majlis tu, aku ucapkan tahniah dan berbanyak-banyak terima kasih. Raop melayakkan dirinya selaku Tuan Presiden Cliffordian97 dengan kelam kabut ke sana sini menjemput kengkawan yang tak tau ke rumah Dijun, menguruskan hal makanan dll lagi.

Kepada Mamee, Mat Pat, Junai dan Wan Chicak terima kasih sebab merancang untuk menjemput aku. Terima kasih jugak kat Mat Pat dan Junai yang meranjo aku pakai baju lengkap dengan samping, macam orang nak pergi menikah.

Tapi malam tu takde yang lebih mengejuk selain dari tengok Itik yang dah kurus macam papan. Aku terkejut lagi ni. Dasat tul Itik. Mamee pun dah kurus gak tapi tak macam Itik. Badan yang lain semua dah naik. Lan, Li, Junai, Aku dan Raop, Itik pulak boleh kurus.

Raop pun ada ucapan untuk majlis malam tu, " kepada semua warga Clifford 97 aku mohon ampun dan maaf jika ader terkasar bahasa dan terkutuk lebih lebih. Kepada yang ader dose ngan aku baik minta maaf cepat cepat."

Juga dari aku, kepada semua Cliffordian97 sempena raya ni aku mintak ampun dan mintak maap dan jugak kepada yang hadir malam tu aku jugak nak mintak ampun dan maap kalau aku ni menyusahkan kome semua. Aku akan lebih mandiri lain kali.

Kepada Bad, Yazdi, Fakh, Lan Joben, Megat dan Bad Bulu, kome semua rugilah.

p/s=kepada sesape yang ada gambo boleh bagi... Raop aku nampak ada kamera malam tu.

Pra Cliffordian reunion raya

Kepada semua yang rasa diri dia Clifordian 97 (sila rujuk definisi di muka depan blog) aku sebagai moderator blog ni, dan sebagai wakil kepada pro-tem commitee Cliffordian 97 nak ucap Selamat Hari Raya Idulfitri dan maaf zahir dan batin.

Woi, sementara tengah sedap mencekik lemang, ketupat, nasi himpit sambil ratah rendang daging dan ayam ingat-ingatlah kita saling mengingati antara satu sama lain. Kitakan budak Clifford.

Aku sebenornya nak suruh Raop, buat perutusan skit sempena raya ni, tapi boleh pulak aku terlupa. Sori semua. Nanti kita suruh Raop bagi perutusan selepas/pasca raya, tapi kena tunggu cuti raya abis.

Sebelum aku lupa ni, ada perkara penting kome kena ingat. Pada hari Sabtu atau 4 Raya, kome jangan lupa datang ke reunion Cliffordian97 kat rumah Dijon. Ape2 hal, kome boleh kontek Raop. Kalau tak tau jalan nak ke rumah Dijon ker, aper juadah yang dihidangkan - nak suruh tuan rumah siap2 kurangkan atau lebihkan gula ker, duit 10 hengget yang kena bawak tu untuk apa ataupun nak confirmkan kedatangan kome.

Ha.. sebut pasal duit 10 tu teringat pulak, jgn lupa bawak duit 10 hengget untuk ditong2kan untuk majlis tersebut.

Untuk Yazdi, Bad or Epin aku akan updatekan apa yang jadi malam tu kat kome seawal-awalnya pukul 3 takpun keesokannyalah. Paham2 je lah mesti ada sessi tak rasmi selepas abis sessi rasmi malam tu.

Sekali lagi diingatkan.