Atas perbuatan atau tindakan Bendahara Paduka Raja Tun Perak maka terselamatlah Hang Tuah dari mati dibunuh. Walaupun tindakan Bendahara jelas melanggar perintah raja dan secara terang-terangan menipu raja tetapi raja menganggap bahawa tindakan Tun Perak merupakan suatu tindakan terpuji.
Aku tak pernah habis baca buku Hikayat Hang Tuah (buku tulisan jawi, aku tak berapa terer baca tulisan jawi - merangkak!) dan juga Sejarah Melayu (teringat masa masuk form 6 sastera dengan Ipin, Aizul, Md Noor dll - masa tu wajib baca Sulalatus Salatin - Cikgu Vogue Cik Hajah Werda (dia ni dah kawin ke belum).
Tapi aku rasa penulis hikayat tu - Tun Sri Lanang - beruntung (ataupun malang) sebab pada zaman tu tak wujud lagi komputer, internet or blog. Kalau tidak mesti dia pun sama macam aku, tak tau mana satu nak tulis. Sibuk. Penin aku.
Dah tu pulak dalam keadaan sekarang ni. Aku betui-betui mintak maaf.
Betui jugak cakap Yazdi, "UMNO, PKR, PAS + parti2 lain, sume cakap xbleh pakai.. masing2 agenda xikhlas n pendirian = mcm munafiqin".
Lepaih ni kalau ditakdirkan tuhan aku sihat, aku ingat aku nak join DAP, depa tengan cari orang Melayu untuk bertanding di kawasan DUN kat Perak ni. Untung2 boleh jadi MB. Jadi boneka Cina, bagi tanah kat oghang Cina.
Ha ha ha..
Berangan.. degree pun kantoi..
Alamak. Cut the crapla.. apa politik-politik ni.
Kat bawah ni ada tulisan2 Cliffordian 97. Ada satu dua yang berbau politik. Politik kepembangkangan. Em.. aku siarkan bukan apa, cuma nak provokkan kome-kome yang tanak nulis, kepada yang politik pro kerajaan emel kan kat aku tulisan-tulisan kome. Aku akan siarkan.
Aku dah bagi jalan kat kome nak tulis kat dalam blog secara direct, cuma Jamel, Haris Fadzli, Idan dan aku. Yang lain tak accept kot emel dari blogger.
Kalau takde, sendkan kat aku emel kosong. Peh tu, aku send kan satu emel dari blogger. Kome acceptkan. Masuk ke blogger.com, login bg id: -- dan pword/kata sandi/kata laluan: -- . Kome cuma boleh post jer. Tu kome postler artikel kome. Kome nak kat Anwar gay ker. Mahathir dah nyanyukker.. terpulang.
Jadi takpayahler aku susah2 nak masukkan artikel2 kome kat dalam blog. Dah tu kalau ada apa kenduriker, jamuan, majlis, makan beso dll kome boleh ajak kawan2 lain datang.
Salahkah aku
Posted by
Editor
on Thursday, February 19, 2009
Labels:
analog,
pika,
tulisan cliffordian 97
/
Comments: (0)
Oleh Sam Ahmad
Salahkah aku
menikam dirimu
mengelar lehermu
menyiat-nyiatkan kulit halusmu
tinggal daging
dan jasad yang tidak bernyawa.
Salahkah aku
meragui pemerintah
dan menggoncangkan
tiang-tiang utuhnya
hingga jatuh satu persatu
ke muka bumi.
Salahkah aku
menolak hukum
cerdik pandai agama
menafikan segala hujahnya
dan membalas balik tipu daya mereka.
Salahkah aku
berbicara dengan tuhan
walaupun pernah
aku lupa padanya
seketika.
Salahkah aku
menyalahkan diri sendiri
di atas dosa-dosa yang
telah aku lakukan.
Sel 73
bila kita dah nyayuk tapi berasa muda
Posted by
Editor
Labels:
raop,
tulisan cliffordian 97,
virus kualer
/
Comments: (2)
di ambil drpd Virus Kualer oleh Raop
Nyayuk adalah satu sifat yang selalu ditujukan kepada golongan warga Tua atau dalam bahasa yang sedap didengar adalah warga emas. Tapi adakah kita terfikir kenapa manusia boleh jadi nyayuk boleh jadi pelupa dan ade ketika boleh hilang pertimbangan. Adakah golongan daripada warga Perak tidak terlepas daripada penyakit tersebut. Ada yang jawap YA dan Ada yang kata TIDAK.
Aku bukan nak berbicara mengenai nyayuk ataupon penyakit pelupa tetapi aku ingin meluahkan aper yang terbuku dalam kotak fikiran aku. UMNO sebenarnya ketandusan idea dalam mentadbir negara Malaysia. Mereka ini ibarat sebuah kereta lama yang tidak pernah diservice dari mula ianya dibeli.
Yang dia tahu bile minyak petrol habis dia isikan, jika tayar kereta dah botak dia tukarkan jika dah rosak teruk takyah repair repair biar kerete tu reput je kat situ. Maka dia tak mendapat merasa pengalaman dan nikmat menaiki kereta jenama lain kerana dalam kotak fikiran mereka banyak memikirkan risiko daripada menyelesaikan risiko atau dalam ertikata lain play save.
Lihat sahaja pada hari ini siapa ada yang tidak dapat menerima hakikat ada pemimpin yang lebih baik daripada barisan mereka maka kerana pemimpin yang lain selalu bertukar tukar kereta dan boleh menceritakan kereta yang mana mempunyai condition yang bagus connering yang best dan yang penting kereta mana maintenance keretanye yang flaksible dan yang penting ianya tak tinggi.
Ianya tidak jauh bezanya dengan mentadbir sesebuah organisasi mahupon besar atau kecil. Jika seseorang itu memiliki skop pandangan yang luas disebabkan dek pengalaman, kebajikan, ketulusun dan keikhlasan maka sistem kerjanya tentu world berbanding dengan seseorang yang tidak mahu keluar daripada kempompongnya sendiri maka skop pemikiranya adalah terhad dan kadang kala keputusan yang dibuat akan membuatkan sesuatu organisasi menjadi porak peranda.
MANUSIA MEMANG SUKA MENOLAK USUL ATAU ERTI KATA LAIN MEMBANGKANG TAPI ADAKAH SELEPAS MEMBANGKANG SESUATU USUL ITU KITA GANTIKAN DENGAN CADANGAN YANG LAIN.
Itulah yang terjadi pada UMNO mereka membangkang setiap usul yang diberikan oleh PAKATAN RAKYAT tapi tidak satu pon usul yang keluar daripada YB UMNO yang aper ader mereka lebih suka merancuni pemikiran rakyat jelata supaya membenci PAKATAN RAKYAT walau dengan ape cara sekalipon.
Pernah kita ambil Iktibar daripada cerita SINGAPURA DILANGGAR TODAK. Situasi yang sama jugak berlaku di Perak tapi Perak tak di langgar TODAK tetapi dirampas hak. HANG NADIM adalah seorang budak yang bijak sana dan memiliki satu pandangan yang luas dan terkehadapan daripada kanak kanak yang seusia dengannya.
Kemanan Singapura menjalani kehidupan seharian disetap dengan peristiwa nelayan di serang sekumpulan Ikan Todak. Dan ianya berlarutan sehingga sesiapa yang ambil angin atau bermain ditepian laut turut diserang Ikan Todak.
MENTERI MENTERI KABINET Singapura mengambil peluang ini utuk menjadi HERO atau mendapat nama, mencadangkan kepada SULTAN agar membuat benting daripada badan manusia.
Maka SULTAN pada ketika itu mungkin dah disogok dengan kata kata dan omong omong yang best giler terus terima tanpa memikirkan perasaan dan hak manusia sebagai rakyat. Maka dari hari ke sehari ratusan nyawa manusia melayang bukan akibat dihentam oleh FRU atau BOM ASAP tapi ditikam dengan muncung Ikan TODAK.
Dan SULTAN Singapura pada ketika itu menjadi tak karuan sebab rakyat membuat SOLAT HAJAT MUNAJAT agar Allah Taala menunjukan jalan yang benar. Dengan Izin ALLAH maka muncullah penyelamat CILIK mencadangkan kepada SULTAN agar dibuat benteng menggunakan BATANG PISANG.
Maka MENTERI YANG TERLIBAT yang selama ini merasakan diri mereka teramat pandai dan yang kuat jilat terasa tercabar. Lihat dengan cadangan HANG NADIM yang menjadi maka MENTERI YANG TERLIBAT terasa kedudukan mereka terancam Menyembah menghadap SULTAN agar dibunuh sahaja HANG NADIM ini kerana walaupon masih kecil tetapi dapat berfikir secara profesional dan matang.
Kalau dibiarkan Hang Nadim hidup bila dia besar nanti akan menjadi pemberontak dan mengadakan demontrasi jalanan untuk manjatuhkan Sultan. Maka setelah dipikir cadangan MENTERI dan di sokong oleh MUFTI pada ketika itu maka SULTAN menitahkan agar Hang Nadim di HUMBAN DITENGAH LAUT.
Maka terjadilah episod SEMBAH DERHAKA IBUBAPA HANG NADIM agar hukuman mati tidak diteruskan kerana niat sebenar HANG NADIM adalah ikhlas hendak menolong menyelesaikan masalah yang dihadapi SINGAPURA. Hukuman diteruskan maka MENTERI MENTERI YANG KAKI JILAT merasakan puas kerana tiada lagi RAKYAT YANG AKAN BERANI BERSUARA ATAU MEMBERIKAN CADANGAN kerana misi mereka adalah BIAR MEREKA YANG PIMPIN NEGARA DENGAN APA JUA CARA DAN BIARLAH RAKYAT DI PERAH KERINGGAT TANPA RAKYAT BERTANYA KENAPA DAN MENGAPA SEBABNYA?
Maka kejadian Singapura dilanggar TODAK sedikit sebanyak bersamaan dengan apa yang terjadi di Perak. UMNO tidak mahu melihat rakyat memiliki hak untuk bersuara walaupon mereka ini menyatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara demokrasi. UMNO juga menggunakan tipu muslihat untuk mengenepikan hak rakyat sebagai memilih pemimpin.
Tiada bezanya nasib HANG NADIM DENGAN PAKATAN RAKYAT tapi yang membezakan kedua dua setuasi ialah rakyat sudah muak mengikut telunjuk pemimpin yang membelakangi rakyat.
Rakyat sentiasa di tipu dan terus di tipu sehinggakan SUARA RAKYAT DIANGGAP PENDERHAKA, SUARA RAKYAT DISOGOK DENGAN WANG RINGGIT DAN SUARA RAKYAT DIJADIKAN SEBAGAI PENCENTUS HURU HARA. Rakyat seharusnya boleh bersuara kerana rakyat yang membayar cukai. Pergi membeli belah rakyat dikenakan cukai, isi minyak petrol rakyat membayar subsidi kepada negara, makan makanan segera, di food court, di PLUS semua nya dikenakan cukai dan ianya dibayar oleh rakyat.
Rakyat juga membayar cukai tanah, cukai pintu, cukai pendapatan, membayar socso dan kwsp maka WAJAR RASENYA RAKYAT BERSUARA UNTUK MENeNTU KEADILAN. GAJI MENTERI PON RAKYAT BAYAR kenapa mesti di ZIP mulut rakyat.
TEPUK DADA TANYA IMAN

Kita Ada Masalah Yang Jauh Lebih Parah Dari Cara Kita Berpolitik iaitu Ekonomi.
Posted by
Editor
Labels:
li kembo,
risalah,
tulisan cliffordian 97
/
Comments: (0)
diambil daripada blog Risalah oleh Li Kembo
Elok kita bertenang dan bawa bersabar. Dan kita seharusnya insaf, masalah politik kita jauh lebih ringan jika nak di bandingkan dengan masalah ekonomi yang bakal menjerut kita, jika tidak ditangani dengan cermat dan berhati-hati.

Esok, hanya tinggal 39 hari sahaja untuk 2009 menutup suku tahun pertamanya. Seperti kebiasaannya, konglomerat-konglomerat Malaysia dan kerajaan-kerajaan di dunia ini akan mengumumkan prestasi kewangan masing-masing untuk tahun 2008. Dan seperti kebiasaannya, mereka juga akan memberikan jangkaan akan prestasi mereka untuk baki 2009.
Dan, jika angkanya kurang memberangsangkan, janganlah kita terkejut. Kuasa beli isirumah sudah dikecilkan, berikutan siri-siri pembuangan kerja, retrenchment, force leave, half-paid salary yang berlaku 50 hari yang lepas. Siri-siri pengecilan ini akan menampakkan kesannya dalam tempoh 39 hari yang berikut ini.
USA baru sahaja meluluskan injection 750 Billion lebih sebagai pakej merangsang ekonomi. Sebelumnya, USA sudah pun meng'inject' 700 billion sebagai langkah segera pemulihan suku tahun ke-empat mereka yang lalu. Namun, kurang berkesan, dan adakah pakej baru ini berkesan? Hanya masa akan menentukan.
Dalam konteks Malaysia, akan diumumkan pakej suntikan 11 billion, kurang 17 billion dari yang di syorkan mahaguru ekonomi Malaysia, Tun M. Sedangkan pergerakan ekonomi sekarang memerlukan tindakan agresif dan galakan perbelanjaan yang menarik untuk rakyat terbanyak. Rakyat perlu diajak untuk kuat berbelanja dan mengguna. Ini seharusnya menjadi dasar kerajaan.
Sedangkan dari maklumat awal ISIS, kajian rambang mendapati rakyat terbanyak cenderung untuk menyimpan. Pelabur duit dan isirumah sekarang nampaknya punya pemikiran yang sama, iaitu berhati-hati dalam berbelanja.
Kerajaan perlu rakyat berbelanja sakan. Rakyat pula ingin menabung untuk masa-masa sukar yang kehadapan. Persamaan songsang ini yang perlu ditemukan.
Dalam masyarakat yang mempunyai persepsi rasuah yang tinggi dan jurang pendapatan yang entah apa-apa skalanya, ini pasti sukar. Dan yang amat mengecewakan, orang-orang berkepentingan dan rakyat terbanyak masih ada hati lagi ingin berpolitik sepertinya esok mahu kiamat dan berlagak seperti kuasa pemerintahan itu boleh di bawa ke lubang kubur dan mengenyangkan perut.
Soalan
Posted by
Editor
Labels:
ayor masin,
lan kembo,
tulisan cliffordian 97
/
Comments: (0)
diambil dari blog ayor masin, oleh Lan Kembo...
Ini zaman semua orang sudah bijak. Sangat bijak sehingga amat susah untuk medapatkan kerja.
Orang bijak selalu tanya soalan bijak juga. Orang yang kena tanya harus 2 kali bijak.
Kalau ada masalah timbul dalam zaman 2 ribu-an, penjawab masalah pun kena bagi selesaian ikut zaman 2 ribu-an la, jangan masih guna selesaian tahun 80-an. Dulu orang panggil matematik tu 'ilmu hisab', sekarang orang dah panggil 'Mathematics'. Ada paham ka?
p/s - Tuai padi antara nampak, esok jangan layu-layuan, Intai kami antara nampak, esok jangan rindu-rinduan. .