Start nulih weh...

Ni aku malas ni.. bila aku buat posting takde sape nak baca.  Yang aku tahu ada baca cuma Bad sorang jer, pasal dia ada bagi emel kat aku, yang lain aku tak tau ada baca ke tak.  Tak de bagi komen pun, msg dalam chatbox pun tak mandang.

Bad tanya aku, pasal intro posting aku semalam.  Dia kata aku dasat - boleh berpolitik join ngan Ezam, pi KT.  Sape yang kenal aku, tau aku camna.  Mane boleh weh ikut kempen macam tu,  tumpo teman weh ... lasak benor depa tu.

Jadi, tak yahler aku ceghita panjang lebo hae politik.  Buat ngabih peluh aku yang meleleh bawah ketiaok.  Uish.. leh tahan pekat jugo'k aku cakap Peghok.  Bukan apa, nak refreshkan memori kawan2 kita yang duduk kat luo Kuale.  Ipin dah tak tau cakap Kuale, abis tu, cakap ek jer yang dia tau, tak pun 'gerek sieehh...' (Betul ke aku cakap).  Tah aku pun tak tau.  Yazdi ngn Bad langsungla.. tau cakap omputih jer.  Aku rasa Kameel lg terer cakap Kuale dari depa.

Oopps, terlajak lagi.. Sori kawan2.  Aku rasa, ada yang dah tak larat dengor/baca aku cakap/tulis Perak.

Ni lagi sekali, aku nak tulis.  Kome ada dapat ke idok, blogger punya mel.  Tapi kalau kome rasa susah sangat nak ikut blogger tu, kome bagi aje kat aku.  Tu pun kalau kome percaya kat aku.  Betul, aku takkan buat editing.  Kecuali untuk kesalahan ejaan dan untuk kemudahan susunan ayat.

Ermm.. untuk Lan n Li tu jangan nak tulis kat blog kome jer, sesekali tulis ler kat blog Cliffordian97.  Nanti aku akan letak feed blog Raop, Lan n Li kembo dan jugak aku.  Sape2 yang dah ada blog, tolong khabo kat aku.  Boleh aku letak feed blog kome kat blog ni.  Ha, Bad, takde blog ker?

Aku dah buat blog ni macam personal blog aku pulak.  Dah aku ajer yang posting.  Tu la kome, aku suruh start nulih taknak.   Aktiviti Cliffodian97 pun takde.  Abih, macam personal blog akuler aku buat.

0 comments: