Err... errr.. sorila kengkawan gua sibukler sehari dua ni. Tu yang tak update blog ni dekat sebulan dah. Sibuk pilihanraya KT ni, aku dok ngan geng Ezam skang dok kata, kutuk Anwar. Lokman Noor Adam yang mem'fitnah' Ezam pun ada join. Dah kamcing lak dengan Ezam. Pening gak aku. Tah pasal ape tah. Tapi yang aku tau kali ni Ezam datang dengan bukan sahaja dengan enam kotak, tapi kali ni ade benda baru pulak.. sepucuk surat tulisan tangan Anwar kepada Che Det - negarawan terulung negara. Kata Ezam surat tu, surat sembah, sujud Anwar kepada Che Det. Lantak pi la depa... malas aku nak pikir dah.
Ooops selingan jer tu... sori lagi... sibuk, sibuk sangat, betul aku tak tipu. Tapi aku masih lagi ikut sembang kome tu. Ipin yang ajak kengkawan semua buat aktiviti, Bad (oops bukan Bad bulu) yang teringin sgt nak tau sape dia adik ipor baru Raop, MatNo yang sibuk memperkatakan jodohnya dengan Syida (eh.. boleh khabo ker.?), dan lagi, lagi, lagi.. apa lagi ek..?
Tapi overall aku still ikut lagi Cliffordian97. Cuma selalunya aku takde mood nak nulis. Kalau kome nak tulis apa2. Boleh bagi kat aku.. zulfikar.samsuri@gmail.com . Kome pun boleh nulis sendiri jugak, sat gi aku set kat blogger. Peh tu blogger anto email kat kome. Kome buat jer semacammana dia suruh buat. Nanti kome boleh masuk dalam blogger, peh tu boleh buat posting. Sape yang rasa alamat emel dia, takde kat aku, kome boleh bagi satu emel kosong kat emel aku.
Nanti boleh posting, tak yah aku edit. Barulah boleh tegakkan prinsip no cencorship. Tak de lah yang nanti akan kata aku macam Utusan Malaysia. Tak fair.. ok.. tunggu email dari blogger.. kalau tak dapat. Check dlm spambox. Kalau tak dapat juga, ermm.. send kat aku satu email kosong. Ok..
Eh.. lupa pulak.. jgn posting benda ngarut.. jual 'penis enlargement' ker, atau apa2 ker. Kalau ada posting yg ngarut2, aku ban terus org tu dari masuk blogger.
0 comments:
Post a Comment