Tentang Sekolah Menengah Kebangsaa Clifford, Kuala Kangsar
Posted by
Editor
on Saturday, March 22, 2008
Labels:
cogan kata,
pengetua,
smc
(dipetik dari Wikipedia)
SMK Clifford, Kuala Kangsar ini berasal dari sekolah Melayu yang di dirikan dalam bulan Disember 1897. Pada tahun 1897 muncul "Sekolah Inggeris Kerajaan" dan di kenali juga sebagai "Sekolah Hogan" sempena nama guru besarnya yang pertama, Encik James Percival Charles Hogan. Pelajar sekolah ini bermula dengan jumlah daftar sebanyak 40 orang murid pada tahun awal penubuhannya dan menjadi 494 orang pada tahun 1928. Sehingga tahun 1905, sekolah ini mencatatkan rekod menjadi sekolah campuran yang pertama di Perak mempunyai pelajar perempuan. Dari segi tenaga pengajar, bermula tahun 1905, sekolah ini hanya mempunyai seorang guru besar dan empat orang guru bagi 158 orang murid. Pada tahun-tahun berikutnya, tenaga pengajar terdiri daripada bangsa Eropah, India, Cina dan Melayu. Hanya pada tahun 1924, sekolah ini mempunyai guru besar dari keturunan Arab, iaitu Tuan Syed Shaidali.
Pada tahun 1928, sekolah ini mendapat namanya yang baru dikenali sebagai "Sekolah Clifford" mengambil nama Gabenor Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Malaya ketika ini, Sir Hugh Clifford. Kemajuan sekolah ini sebelum perang banyak bergantung kepada usaha-usaha gigih pendidik-pendidik keturunan Eropah, Arab, Cina, India termasuklah juga guru-guru Melayu. Ketika Perang Dunia II, sekolah ini bertukar status menjadi markas tentera Jepun sehingga tahun 1946. Selepas tamat perang, pembangunan dan kemajuan Sekolah Clifford dibangunkan bersunguh-sungguh oleh pemangku guru besar ketika itu, Encik Arumukham bersama-sama dengan kakitangan guru. Dalam masa tersebut, sekolah menghadapi banyak masalah kekurangan perabot dan buku-buku.
Sekolah Clifford mula menawarkan mata pelajaran sains pada tahun 1946 dan dalam tahun-tahun 1940-an menunjukkan prestasi yang cukup baik dari aspek peperiksaan. Senior Cambridge juga menyaksikan ramai lepasannya berpeluang belajar di institusi pengajian tinggi seperti Kolej Perubatan Raffles Singapura, Kolej Pertanian Serdang dan universiti luar negeri khusus Britain. Keputusan peperiksaan Senior Cambridge juga menunjukkan prestasi yang paling membanggakan kerana tidak ada seorang anak Melayu pun yang gagal ketika itu.
Pada ketika usia meningkat 100 tahun, sesungguhnya Sekolah Clifford amat bertuah kerana dipilih menjadi salah sebuah sekolah perintis "Sekolah Bestari". Semoga Sekolah Clifford akan berkembang di masa-masa yang akan datang.
Senarai Pengetua 1897-2005
Encik James Percival Charles Hogan (1897-1924)
Kapten Syed Shaidali (1924-1927)
Encik J.L. Nichol (1928-1930)
Kapten Bernard Preedy (1930-1935, 1936-1937)
Encik D. Roper (1935)
Lt. Col. C.A. Scott (1938)
Encik T.P.M. Lewis (1939-1941)
Encik V. Arumukham (1945-1946)
Encik K.D. Luke (1946-1948)
Encik F.H. Jones (1948-1950)
Encik M. Campbell (1950)
Encik D. Bennett (1950-1953)
Encik M.D.F. Potter (1953-1956)
Encik A.D. Bunford (1956)
Encik Karam Singh (1956-1968)
Encik Chee Hee Yin (1969)
Encik Goon Fatt Chee (1969-1971)
Encik Goh Kee Meng (1971-1979)
Tuan Haji Azidin bin Mahmud (1980-1989)
Encik Zainal Badri bin Ahmad Rafaei (1989-1992)
Tuan Haji Idris bin Abdul Majid (1992-1994)
Tuan Haji Mohamed Omar bin Mazar Ali (1994-1999)
Tuan Haji Mohd Hani bin Alang Ismail (1999-2002)
Tuan Haji Ngazizan bin Din (2002-sekarang)
Cogankata sekolah
"THE SHIP IS MORE THAN THE CREW" adalah moto Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford. Dahulu moto ini diletakkan pada lencana sekolah tetapi sekarang ditiadakan.
"THE SHIP" adalah perkataan simbolik yang bermakna "SEKOLAH" dan "THE CREW" membawa makna "PELAJAR".
Oleh itu, makna tersirat bagi moto sekolah 'THE SHIP IS MORE THAN THE CREW' adalah sekolah atau alma mater (ibu kandung) lebih penting daripada para pelajarnya. Lebih jelas lagi bererti setiap pelajar lepasan sekolah ini, akan atau telah menempa kejayaan setelah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford. Sekolah telah memberi segala bentuk kemudahan, bimbingan, dorongan, nasihat dan pengalaman sehingga para pelajar menjadi tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang pekerjaan.
Sehubungan dengan itu, para lepasan Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford seharusnya tidak melupai sekolah. Sebaliknya mereka harus sentiasa menghubungi sekolah dan memberi pelbagai sumbangan. Para pelajar lepasan Clifford juga harus bersatu dalam sebarang urusan atau permasalahan sekolah. Janganlah seperti 'Kacang lupakan Kulit'.
2 comments:
Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Câmera Digital, I hope you enjoy. The address is http://camera-fotografica-digital.blogspot.com. A hug.
The ship is more than the crew bermakna, peluang terbuka didalam berbagai bidang dan sebenarnya, memang pekerja atau pakar yang terlatih tidak akan mencukupi.
Post a Comment