Bola sepak negara pamer kebangkitan: Shabery

KUCHING - Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata sukan bola sepak negara sudah mula menuju ke era kebangkitan selepas mencatat prestasi memberangsangkan dalam perlawanan persahabatan dengan pasukan gergasi, Manchester United, minggu lepas.

Beliau berkata pasukan Malaysia berjaya mencipta nama dengan mmberikan persembahan memberangsangkan dalam dua perlawanan dengan juara Liga Perdana Inggeris itu sempena jelajahnya ke Asia.

“Saya berasa bangga apabila akhbar antarabangsa memberi liputan meluas dan juga dalam laman web YouTube.

“Kita nampak ada satu harapan baru kepada pasukan bola sepak negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Piala Dunia KOI Karate 2009 ke-18, semalam.

Di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu lepas, skuad bola sepak negara, bimbingan K. Rajagobal kalah 2-3 kepada Manchester United yang menurunkan pemain-pemain utamanya termasuk Wayne Rooney, Rio Ferdinand dan Ryan Giggs.

Malahan, gol kemenangan itu dijaringkan pada penghujung perlawanan oleh Michael Owen yang baru menyertai Manchester United.

Isnin lepas, dalam perlawanan kedua, Malaysia tunduk 0-2 kepada pasukan ‘Red Devils” itu.

“Saya kagum dengan persembahan pasukan kita dalam perlawanan pertama. Tahniah kepada pasukan bola sepak negara kerana berjaya menjaringkan dua gol dan kesungguhan bermain sehingga saat akhir.

“Dalam perlawanan kedua, soal kecergasan menjadi isu yang penting. Saya berharap aspek itu akan dilihat dalam usaha membina pasukan bola sepak yang lebih kuat,” katanya.

Ahmad Shabery berkata Malaysia akan mempergiatkan usaha untuk memburu pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik London 2012 dalam acara memanah, badminton, dan berbasikal.

Beliau berkata kementerian akan memberi tumpuan penuh kepada 17 atlet negara di bawah program “Road To London 2012” dalam misi memburu pingat emas pertama sejak penyertaan Malaysia dalam termasya sukan itu.

“Kita berhasrat untuk memperoleh pingat emas pertama negara dalam Sukan Olimpik di London pada 2012. Memanah dan badminton mempunyai harapan cerah.

“Kita dahaga dan lapar untuk memperoleh pingat emas dalam sukan Olimpik,” katanya.- Sinar Harian

Sejarah SMC

Di bawah ni, ada kiriman dari Roslan Zaman aka Pokmen, dengan pesanan, "Baguih utk imbas2 kenangan silam heheeh... layannnnnnn

p/s-aku tak tau kat mane sumber dia, kat mane dier copy n paste tapi elok juga, jangan jd crew yg hardcore jer, tapi tau gak asal usul dier

Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford berasal dari sekolah Melayu yang didirikan dalam bulan Disember 1897. Pada tahun tersebut muncul "Sekolah Inggeris Kerajaan" dan dikenali juga sebagai "Sekolah Hogan" sempena nama guru besarnya yang pertama, Encik James Percival Charles Hogan. Pelajar sekolah ini bermula dengan jumlah daftar sebanyak 40 orang murid pada tahun awal penubuhannya, menjadi 494 orang pada tahun 1928. Sehingga tahun 1905, sekolah ini mencatatkan rekod menjadi sekolah campuran yang pertama di Perak. Dari segi tenaga pengajar, bermula tahun 1905, sekolah ini hanya mempunyai seorang guru besar dan 4 orang guru bagi 158 orang murid. Pada tahun-tahun berikutnya, tenaga pengajarnya terdiri daripada bangsa Eropah, India, China dan Melayu. Hanya pada tahun 1924 sekolah ini mempunyai guru besar dari keturunan Arab iaitu Tuan Syed Shaidali.

Pada tahun 1928 sekolah ini mendapat namanya yang baru yang dikenali sebagai "Sekolah Clifford", mengambil nama Gabenor Negeri-negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Malaya ketika itu, Sir Hugh Clifford. Kemajuan sekolah ini sebelum perang banyak bergantung kepada usaha-usaha gigih pendidik-pendidik keturunan Eropah, Arab, Cina, India termasuk guru-guru
Melayu. Ketika Perang Dunia ke-2, sekolah ini bertukar status menjadi markas tentera Jepun sehingga tahun 1946. Selepas tamat perang, pembangunan dan kemajuan Sekolah Clifford dibangunkan bersungguh-sungguh oleh pemangku guru besar ketika itu iaitu Encik Arumukham, bersama-sama dengan kakitangan guru. Dalam masa tersebut, sekolah menghadapi banyak masalah kekurangan perabot dan buku-buku.

Sekolah Clifford mula menawarkan mata pelajaran Sains pada tahun 1946 dan dalam tahun-tahun 1940an menunjukkan prestasi yang cukup baik bagi sekolah ini dari aspek Peperiksaan Senior Cambridge yang juga menyaksikan ramai lepasannya berpeluang belajar di Institusi Pengajian Tinggi seperti Kolej Perubatan Raffles Singapura, Kolej Pertanian Serdang dan universiti di luar negara, khususnya Britain. Keputusan Peperiksaan Senior Cambridge juga
menunjukkan prestasi yang paling membanggakan kerana tidak ada seorang pun anak Melayu yang gagal ketika itu.

Sekolah ini pernah melaksanakan "Kelas Ekspres" pada tahun 1949 untuk pelajar darjah 4 dan 5. Mulai tahun 1958 bahagian Menengah dan Sekolah Rendah telah dipecahkan menjadi dua sekolah yang berasingan. Mata pelajaran baru telah diperkenalkan di Sekolah Menengah seperti Perdagangan, Trengkas, Taip-menaip dan Keusahawanan. Selain itu, sekolah ini juga telah
memperkenalkan sebuah kelas bahasa pengantar Bahasa Melayu untuk pelajar tingkatan satu dan Kelas Peralihan. Pada tahun 1970, aliran Sains untuk pelajar Tingkatan 4 mula dibuka untuk pelajar-pelajar aliran Melayu. Dalam tahun-tahun 1970an, kelas Tingkatan 6 Sastera dan Sains dibuka kepada pelajar lepasan SPM. Sehingga tahun 1973, sekolah ini masih menjalankan dua sesi persekolahan, iaitu sesi pagi untuk pelajar-pelajar Tingkatan 3 hingga 6 dan sesi petang pula untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan 2. Mulai tahun 1979 waktu persekolahan menjadi satu sesi di samping berlaku perubahan aliran pengantar kepada Bahasa Melayu sepenuhnya. Sekolah Clifford dipilih menjalankan kelas Rancangan Khas untuk pelajar-pelajar terbaik Penilaian Darjah 5 mulai tahun 1983.

Dari segi kemudahan fizikal asrama, banyak kemajuan dicapai sejak tahun 1950 hingga 1980. Asrama Putera yang pernah menggunakan nama Hostel Chulan dan Iskandar mendapat bangunan baru pada tahun 1980, manakala Asrama Puteri menggunakan rumah guru/pengetua (atau rumah JKR).

Sejak awal penubuhannya, sekolah ini memang terkenal dengan permainan bola sepak, manakala permainan-permaianan lain seperti badminton, rounders dan kriket diperkenalkan sejak tahun 1917. Pada tahun 1922 sekolah ini mempunyai pasukan pengakap yang dikenali sebagai Pasukan Kedua Pengakap Kuala Kangsar. Sekolah Clifford pernah muncul sebagai johan keseluruhan dalam kejohanan olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Perak (MSSPk) zon utara, johan hoki zon Perak Utara (Bahagian A dan B), Johan bola sepak sekolah-sekolah Perak dalam siri 'Merdeka Games' termasuk johan bola sepak bawah 15 tahun.

Beberapa permainan sukan yang pernah menaikkan nama sekolah sewaktu lepas perang telah diperkenalkan semula dalam tahun-tahun 1980an. Ini termasuklah permainan ragbi dan tenis. Pada tahun 1954 Pasukan Kadet Sekolah dengan 30 anggota telah ditubuhkan. Beberapa persatuan yang lain turut ditubuhkan dari semasa ke semasa seperti Persatuan Seni Silat Gayung, Puteri Islam, Kelab Bimbingan dan Kerjaya, Kelab Keselamatan Jalan Raya, Pancaragam, Tee Kwan Do dan Bulan Sabit Merah. Kini, banyak persatuan akademik, bukan
akademik dan sukan dan permainan bergerak cergas dalam kegiatan kokurikulum di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.

Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford adalah salah sebuah Sekolah Menengah Harian yang terpilih untuk melaksanakan konsep Sekolah Bestari mulai 1 Januari 1999.

Aras teknologi yang ditempatkan di sekolah ialah Aras B. antara perkakasan komputer yang dibekalkan ialah 37 unit PC, 2 unit notebook, unit pencetak laser, 1 unit pencetak warna, 1 unit pengimbas ( scanner ), 2 unit LCD, 1 unit kamera digital, 3 unit server dan lain-lain lagi.

Perkakasan ini ditempatkan di dalam makmal komputer, bilik guru, pejabat, bilik server dan pusat sumber. Sistem yang dipasang pada komputer pengguna ialah Windows 98 dan komputer pelayan menggunakan Windows NT 4.0. Antara perisian yang dipasang pada komputer ialah Microsoft Office 2000, SSMS dan Mc Afee. Semua komputer dihubungkan dalam rangkaian (LAN ) dan boleh akses ke internet melalui pelayan proxy. Bagi melicinkan perjalanan sistem
komputer bestari, seorang guru telah dilantik sebagai Guru Penyelaras Bestari untuk mentadbir sistem. Bagi tujuan penyelenggaraan perkakasan, sebarang masalah yang dihadapi akan dilogkan ke Meja Bantuan (Help Desk) yang beroperasi di Bahagian Teknologi Pendidikan. Proses penyelenggaraan akan dijalankan oleh pihak SAPURA dilanjutkan sehingga Jun 2003.

Mad Nor kawen: Kenduri Kuale II

Ok... Kali ini aku tulis awal-awal, dengan harapan aku dapat habiskan 'review' ni sebelum aku ngantuk.

Takat mana semalam?

O Ok...

Sesampai aku kat kenduri tu, terus makan, sambil mata melilau cari kawan-kawan yang datang. Ada la satu dua muka yang kenal, kat belakang aku ngan Mamee ada Raop n family. Dia cakap tunggu sat lepas makan dia nak pergi hospital sat. Dia suruh aku n Mamee tunggu sat, karang dia datang.

Dah habih makan aku pun dok lepak kat bawah pokok nyor, nyaris Kelana ada - jumpa gak kawan lama, dapat bersembang.

Mata terus melilau. Errrmm... dah dapat satu, Haris/Lee, tapi dia ada sikit jauh dari aku n Mamee. So, aku malas nak pergi panggil.

Time tu, Kelana khabo yang Ipin dah sampai. Terus pi depan, tempat stall chendol, hirup chendol pulak. Pergh.. chendol ni dah la sedap, free pulak tu

.Ipin yang berkaca mata hitam tengah bersembang dengan Aizul dan seorang lagi aku lupa nama, sori, tapi tetap kenal mukanya.

Ipin nampak muda remaja dengan gayanya, saling tak tumpah macam Awie dalam filem Maria Mariana. Perghh...

Rupanya Ipin n Aizul pi rumah, depa nak ambik aku. Depa baru je pi rumah tengok aku takda. Tq Ipin n Aizul, sori Mamee dah ambik aku dulu.

Masa tengah sembang tu, datang Farid + bini. Sembang lebeh kurang, peh tu suruh Ipin, Aizul, Farid dll, pi makan. Lauk sedap tu!

Depa suruh aku makan sama. Tapi aku dah kenyang + aku tak nak kaco orang yang belum makan.

Tengah aku sembang-sembang ngan Kelana, Mamee yang tengah hirup chendol datang ler bapak sorang member kita, tego aku, "Yazdi asyik tanya kamu."

Ah.. best jugak jadi penyambut tetamu kat depan, kat warung chendol.

Masa tu datang Kuteq, Tapa n Junai, betui-betui hevyweight.. macam aku. Harapkan Tapa jer Lightweight. Mau herot kereta, depa naik.

Macam yang aku senaraikan semalam, memang ramai kawan-kawan kita yang datang. Dan yang paling best, acara akhir ari tu. Tangkap gambo beramai? Tidak! Tradisi orang-orang Chandan - jirus pengantin dengan ayor saki-baki makanan, sampah, telor, kunyit dll.

Pergh best tul. Ipin bukak warung sendiri, cipta resipi sendiri, campor ayor + tepong + telo + dll. Ni konspirasi dia, Raop dan Anas, Anas nak balas dendam ari tu pasal Mat dan kawan2 yang lain buat dia masa kenduri kawen dia. Bersungguh jugak dia ari tu, buat plan nak kenakan Mat.

Dan plan tu berjaya, tapi not so la. Mat dah tau dulu kot. Potong stim betol.

Mat dengan gaya serah dirinya, menyerahkan diri untuk dikenakan. "Gedebush" Habis Mat. Yang Mat habih tu aku tak kesah, memang patut dia kena. Tapi aku tak pueh hati, aku pun kena sekali. Nyarih member lama tak jumpa, benda yang patut marah, jadi benda lawak.

Kalau sekali aku kena takpe juga, ni dua kali. Tak patut, tak patut. Tapi apa pun best. Best gelak sama-sama dengan kawan yang dah lama kita tak gelak sama.

Lepas kenduri kawen mat, aku, raop, mamee, kuteq, junai, tapa, ipin, aizul pi ru Cikgu Marina dan Cikgu Zakaria. Saja buat kunjungan hormat, katanya Cikgu Marina sakit - kurng oksigen dalam darah, tah - baru keluo dari wad. Raop kata, sebulan jugak dia dok dalam wad.

Habih buat kunjungan hormat, masing-masing dah capek, penat, letih. Masing-masing balik. Aku, Mamee n Kuteq pi kedai Romzi, lepak sembang-sembang.

Kat situ aku tau, nape dia dah berbadan 'dua'. Mana tak badan beso camtu, lepas order laksa, order pulak sotong, peh tu order pulak satay. Aiyo.. aku pun tumpang, berbadan' dua' jugak.

p/s - sori terlaju sikit, sebab aku dah tak larat nak tulis dah

Mad Nor kawen: Kenduri Kuale

Dan, aku pun lambat tulis lagi 'review' majlis kenduri kawen Mat. Alamak mat kalau tak sebabkan kenduri Mat Nor ni, aku tak tulis dah. Nyaris kenduri kawen Mat - kawan baik aku yang mula rapat sejak form 6.

Sebelum tu dah memang kenal, tapi tak rapat sangat. Masa form 5 kelaih dia sebelah kelaih aku - time nak "ngurat" Megat misti terjumpa dia. Sekarang Mat dah kawen n Megat dikelilingi gadis cantik lagi ayu - sekali petik 10++ datang. Isk... isk...isk...

Mat bertemu jodoh masa form 6 - bini dia dulu satu kelaih dengan aku, kelaih 6 Sastera. Maknanya ada dua couple yang kekal sampai sekarang - Sare + Wani, Mat Nor + Syida.

Sare + Wani kalau tak silap aku, terhasil sebab Sare syok dengan Wani. Takde push dari kawan-kawan.

Mat Nor pulak seingat aku, dulu, betul-betul tak nak dengan Syida ni. Dalam nak tak nak, dia punya hati takde sape tahu. Nah, sekarang dah kawen pun. Ada banyak lagi, bebudak Cliffordian97 yang kawan-kawan push, suruh couple dengan budak perempuan yang belajor form 6 kat sekolah kita.

Tapi dua couple ni ler yang dapat bertahan sampai sekarang ni. Mat dengan Syida dah berpacaran lebih dari 10 tahun, jadi, dia bagi aku takde masalah nak harung hidup dengan Syida selamanya.

Err... dah terlajak kelain pulak. Sat, aku reverse sikit, sepatutnya aku 'review' majlis kenduri kawen mat.. dah kelain pulak.

Ok, antara Cliffordian 97 yang datang hari tu ialah (yg aku nampak, perasan dan ingat):

1. Mamee
2. Kuteq
3. Raop
4. Kelana
5. Ipin
6. Ayoi Lambok
7. Helmi Hena
8. Farid
9. Sarei
10. Wan Besor
11. Anas
12. Awie
13. Aizul
14. Gewe
15. Haris

Dan lagi, lagi ermm... sori kawan2 aku lupa, tak ingat nama tp kenal muka

Aku diambik oleh Mamee, alaa muka yang ada iras Ustaz Tamami Lamijo tapi yang ini spesis yang bagus sikit - tak masuk tiba-tiba kat surau pehtu menjerit, BABI!!

Masa dia amik nak dekat pukul 12 tgh (betulkan aku Mamee), masa aku tengah melayan gambo menarik kat PC (takde masa nak tgk blue la weh...) aku tersedo dia tengah menjerit bagi salam + panggil nama aku. Dia kata dah lebih 18 kali dia panggil tapi aku tak nyahut. Betul punya banyak tu.

Sesampai saja kat mjlis tu, aku ngan Mami pun teruih makan - lapor. Dia punya rendang bukan main sedap la. Lembut. Senang kunyah.

opps... sory kengkawan, esok aku sambung dan perkemaihkan serba-sedikit yg perlu dikemaih, aku ngantuk... nak tido. Bye.

Malam Seni Rakyat

klik untuk besarkan

Mad Nor nak kawen II

Macam yang aku janjikan, malam ni aku dah scan gambo kad kawen mad. MadNor dan Syida, akan nikah pada 4 Julai 09 di Cheras, Selangor, majlis kenduri kawen akan diadakan di Dewan Serbaguna Kem PGA, Briged Tengah, 43200, Cheras, Selangor DE.

Untuk kome yang dok kat KL atau area yang sewaktu dengannya, ini aku perturunkan peta rumah Pengantin - maaf aku tak pasti sama ada peta ini ke Majlis kenduri kawen tu atau just ke rumah pengantin perempuan:


Ok, bagi yang tak tau rumah Mad walau dah dok bertahun-tahun kat Kualer. Untuk kome juga aku perturunkan peta ke rumah - kenduri dibuat kat rumah Mad Nor, spesifiknya:

Majlis akan diadakan pada 11 Julai 09 di Lot 108, Taman Bukit Kerajaan, 33000, Kuala Kangsar, Perak DR.

Kepada komer yang tak dapat datang aku galakkan kome, bagi depa hadiah. Tu ler tujuan aku bagi detail alamat depa.

TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN

(Artikel ini hendaklah kamu baca dengan membayangkan suasana menyambut hari guru 96' di Cliffford (Dalam kelas Form Six Atas makmal sains - Rohijah Potet). Di atas pentas ada abg chik, man jamuan (Main gitar kapok), D-jon (Katok ape pun aku tak tau tapi aku suspek mcm 'drum') sedang memainkan lagu Nirvana - Man who sold the world sebagai lagu latar semasa membaca artikel)



Assalamulaikum.

Terima kasih kepada penggembala blog ini pika a.ka SAM AHMAD sebab entah ke ape he nye sudi menjemput aku sebagai penulis dalam blog ni.

Aku selamat mengawinkan diri aku oleh tok kadi jong yang gelabah suroh aku menikah cepat-cepat, 3 hari awal dari jadual asal iaitu pada 2 jun 2009 (Selasa-Malam) yang lalu. Kenduri pula pada 6 (Jong -Grik) & 7 (R7) jun. Jadi secara rasminya aku sudah mula terasa macam gentlemen plak sbb udoh kawen.
Terima kasih juga aku tujukan buat raop dan mat nor yang turut sama menemani aku dari mula nak pegi nikah sampe le deme bertiga dengan adik aku melantak kaw-kaw punye lauk hidang malam tu. Ape-ape pun terima kasih mat nor & raop.
Juga kepada kengkawan yang datang kenduri kat rumah aku di R7, walaupun cerok tak ingat punyer, kome tetap datang.
Akhir kalam, sama-sama lah kita mendoakan yang terbaik untuk sesama kita.


TAKBIR!!!!


Raop tengah geram nak menikah lagi satu....


Mat Nor buat-buat bz...


Gambar ini telah diletakkan kesan khas untuk tujuan penyamaran.....


p/s - Gambar yang lain insyallah akan di muatnaikkan dalam sebulan-dua nanti. Tak banyak pun.. dan aku memang TIDAK FOTOGENIK langsung. Hampeh.

(mohamad roslan zainuddin yang dulu menulis di blog Ayor Masin kini telah menukarkan identiti dengan menggunakan nama desa di alam maya dan dipersilakan kawan-kawan berkunjung ke http://desa-majidah.blogspot.com/ untuk menserabutkan lagi kepala)

Mad Nor nak kawen

Isk.. isk.. Epin yang dok jauh kat Johor lagi cepat dapat berita ni dari aku. Mad Nor kawen jugak kamu ek? Nak bayo bil ayor yang dah tertunggak bertahun-tahun.

Tadi Mad Nor datang dengan Man. Er.. err.. Man yang mana nak cakap, Man yang dok kat Chandan, yang ada abg, nama Sani tu.. dapat dah kot.

Tapi sebelum Mad datang, aku dah tau lebih dulu. Chain yang khabo kat restoren Benteng tempat lepak baru Chain.

Dia boleh tak cayer yang Mad nak kawen, eh aku pun tak caya jugak mulanya... orang seganaih Mad nak kawen. Aku ingat Mad tunggu sampai dua tiga tahun lagi. Hei Mad umur dah 29, elok lah kamu kawen. Tinggalla aku, Kuteq, Chain belum kawen2 lagi. Hehehe Live fast die young.

Oklah, aku diwakilkan Mad mengajak kome2 sekalian ke majlis kawennya dengan Norsyida (depa kenei sejak dari form 6 - wei aku, megat, aizul, azam yang mula kenen kan kamu dengan Syida yer Mad, betulke?). Malam ni aku uploadkan gambo kad kawen, ok?

bersambung...