Rumah dah dapat, tak yahlah sebok-sebok nak cari rumah dah. Cliffordin 97 Reunion Raya akan diadakan di rumah Djon kat Sayong Lembah. Tok sah riso, kalau tak tau macam mana nak pergi. Nanti aku suruh Raop @Tuan Presiden supaya bagi alamat penuh, tak pun lukis aje peta ke rumah dia.
Cliffordian 97 Reunion Raya dibuat pada sebelah malam iaitu pukul 9: 00 malam sampailah tuan rumah dah muak tengok muka kita dan halau kita tak pun sampai lebam. Oooh lupa nak khabo bila? Aku rasa korang takde program Raya ke 4 kan? Atau yang dah ada program raya ke 4 ni, harap-harapla kawan-kawan boleh batalkan program yang dah kawan-kawan planning tak pun tundalah ke hari-hari lain. Majlis tu akan diadakan pada Raya ke 4.
Haaa... ni ada satu peringatan daripada tuan Presiden: kawan-kawan sekalian adalah tidak digalakkan untuk membawa pasangan anda (yang dah kahwin jangan bawak bini, yang belum jangan bawak tunang atau awek).
Sebelum aku terlupa lagi kawan-kawan semua hendaklah memberi sumbangan kepada majlis tersebut, seminimanya RM10. Kesian kepada Djon sekeluarga yang bertungkus lumus menjayakan majlis tersebut - menyediakan juadah untuk kawan-kawan sekalian. Anggap jer sumbangan RM10 tu macam duit raya sedekah kat anak-anak sedara kita.
Cliffordian 97 Reunion Raya
Posted by
Editor
on Monday, September 22, 2008
Labels:
Cliffordian 97 Reunion Raya
/
Comments: (0)
Mesej
Posted by
Editor
on Saturday, September 20, 2008
Labels:
pengumuman,
raya
/
Comments: (0)
Aku dapat mesej ni dah lama dah, 4 atau 5 hari dah kot:
Yazdi n Bad tak balik ker raya ni?
Dan ni pulah ada mesej kat chatbox, kat bawah tu:Rayer aper projek? Nak buat perjumpaan kat mana? Kalau ada cadangan bagi ler kat aku. Kalau melibatkan duit, kita tong tong bersama. Kita buat raya ke 4, amacam?
- Raop.
Dah dua kali dah mesej yang diterima, macam tu. Jadi kepada kawan2, saper2 yang nak offer rumah, bleh khabo kat Raop: tau no fon dia kan? khabo kat aku: tau no fon aku kan? kalau tak tau boleh emel kat aku: zulfikar_samsuri@yahoo.com ataupun kome khao kat chatbox kat bawah tu atao kat ruang komen bawah ni.mungkin raya ke 4 kita akan buat makan makan tapi tgk siapa nak offer
buat rumah dia..kahh kahhh - raop
Yazdi n Bad tak balik ker raya ni?
LIVERPOOL akhirnya berjaya atasi badi Man U
LIVERPOOL akhirnya berjaya mengatasi badi Manchester United apabila gol lewat perlawanan oleh Ryan Babel memberikan kemenangan 2-1 ke atas juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu, malam tadi.
Skuad bimbingan Rafa Benitez mengalami tujuh kekalahan dalam lapan pertemuan terakhir dengan musuh ketatnya itu sejak 2004, dan Reds ketinggalan pada babak awal perlawanan di Anfield apabila Carlos Tevez menyumbat untuk United.
Tetapi gol sendiri Wes Brown memberikan Liverpool gol penyamaan pada separuh masa pertama dan Babel, masuk selaku pemain gantian hanya enam minit sebelumnya, menjaringkan gol kemenangan 13 minit sebelum tamat perlawanan.
Itu sudah cukup untuk memberikan Benitez kemenangan pertamanya dalam saingan liga ke atas United sementara ia menjadi semakin buruk buat Sir Alex Ferguson apabila Nemanja Vidic dibuang padang pada masa kecederaan kerana menyiku pemain tengah tuan rumah, Xabi Alonso.
- Berita Minggu

Tahniah
Aku selaku moderator memohon kalian semua untuk mengucapkan tahniah kepada Presiden kita (Raop ler tu) kerana telah dianugerahkan dengan seorang lagi cahaya mata pada Jumaat lepas. Mulanya dia ada khabo yg dia nak namakan anaknya dengan nama Nurul Izzah, tapi nanti kot nampak sangat pulak dia kata, jadi dia tak bubuh la. Ntah nama apa yang dibubuh ntahla. Aku lupa nak tanya.