Antara kerajaan Islam UMNO dan PAS

Oleh Badrul Hisham Yahaya

Aku amik kesempatan nie kejap setelah otak aku pun jam tak buleh nak pikir lagi apa nak ditulis dalam tesis aku nie..aku teringat akan kata-kata sahabat kita Raop dlm blog baru-baru ni dan aku rasa memang patut atas kapasiti Presiden dan rakyat Perak, Raop perlu bersuara…aku bukan org yg arif dlm bidang kuasa politik malah tak sebijak korang semua dlm menganalisis situasi politik sekarang terutama di Perak yg mana pemahaman aku melalui pembacaan tak sampai kpd tahap pemahaman korang yg tinggi berkenaan situasi sebenar yg berlaku…untuk itu, elok benar lar kalau aku minta maaf awal2 kalau ada perkara2 yg akan aku tulis adalah salah drpd perkara sebenar yg wujud dlm pentafsiran korang semua…

Perkara pokok yg aku nk sebut adalah tentang pemerintahan Islam yg mana kononnya UMNO (aku bukanlah ahli mana2 parti politik - belom berminat berdaftar mana2 pun) hanya memperjuangkan bangsa dan Islam bukanlah menjadi keutamaan dlm program perjuangan diorg..tentang isu ini, aku rasa baik dan eloklah kalau masing2 rujuk kepada perlembagaan sebenar UMNO dan aku tak mahu pertikai isu tue…pada aku, sekiranya UMNO itu tidak perjuangkan Islam dan maka apabila dibawa isu kemerdekaan Tanah Melayu, maka tidaklah akan diletak bahawa Islam adalah agama rasmi di Malaysia..sungguhpun begitu, ramai yg akan pertikai bahawa Islam agama rasmi adalah pada majlis2 keagamaan dan ada bacaan doa setiap majlis utk bermula…kalau ada individu yg melihat isu tersebut dr sudut sedemikian, bukanlah menjadi masalah bg aku…masing2 punya mata, masing2 ada keupayaan untuk menterjemah berdasarkan akal masing2…pada aku, dgn tertulisnya pengisytiharan sedemikian dlm Perlembagaan Negara, byk manafaat yg kita peroleh sebagai rakyat yg beragama Islam drsg kemudahan tempat ibadah etc.

Persoalan, kenapa tidak dilaksanakan system pemerintahan secara islam secara absolute? Aku setuju dgn persoalan nie dan sepatutnya Islam itu tidak diambil secara separuh2 sepertimana Al-Quran ditafsir dan diguna mengikut kehendak kita…PAS telah lama memperjuangkan untuk menubuhkan Negara Islam, tp katanya dibangkang oleh UMNO. Sungguhpun, PAS dah menakluk kelantan lebih drpd sepuluh tahun, tp pemerintahan secara Islam masih belom terlaksana disebabkan krisis perundangan negeri dan persekutuan. Jadi, persoalannya, kenapa di Malaysia yg mempunyai kuasa majoriti memerintah adalah Melayu dan Melayu itu kalau ikut perlembagaan adalah Islam (kenapa tidak ada ahli MP melayu dan silam cuba untuk meminda perlembagaan yg menyentuh soal melayu dan Islam nie supaya mana2 melayu yg keluar islam (murtad) maka keistimewaan dia sbg org melayu akan dihapuskan?), tapi masih tidak mampu dipinda perlembagaan supaya membenarkan Kelantan sbg sebuah negeri pertama diberi mandate utk percubaan drsg perlaksaan Negara dan system Islam? Adakah kerana UMNO itu jahil dan menolak system Islam yg nak dilaksanakan oleh PAS atau pemimpin PAS sendiri tidak ada keupayaan dalam menterjemahkan hukum dan dasar perlaksanaan Islam yg dinyatakan oleh Al-Quran dan As-Sunnah yg bakal dilaksanakan apatah lagi keupayaan untuk menyediakan foundation bukan sahaja bagi rakyat kelantan malah rakyat seluruh Malaysia tentang kaedah dan kelebihan perlaksaan hukum Islam. Kita kena meletakkan sepenuhnya permukaan tapak kaki pada bumi , baru lar kita buleh rasa yg bumi kita pijak rata atau berlekuk. Di Malaysia terutamanya, ramai dikalangan kita yg lahir menjadi Islam dan drsg mendalami adalah berdasarkan perkara asas yg menjadi perkara wajib dilakukan sbg umat Islam dan selebihnya tidak dimendalami kerana ianya dirasakan tidak penting. Begitu jugak dgn system persekolahan, sungguhpun kita berada di sebuah Negara Islam dan Islam adalah agama rasmi Negara, tp system pendidikan Islam disekolah tidak menekankan betapa bersyukurnya kita dilahirkan dlm keluarga Islam, dididik menjadi Islam, mengamalkan cara hidup Islam dan betapa pentingnya penghayatan konsep dan segala bentuk cara hidup Islam diamalkan dengan penekanan kepada konsep memahami asas dan melaksana berdasarkan konsep yakin dan percaya. Bukan saja dlm ilmu2 yg berkaitan agama, malah sains, geografi, sejarah, seni dan sebagainya perlu ditekankan setiap sudut dan cabang ilmu tentang penghayatan dan pencapaian islam sbb Islam itu adalah cara hidup! Kegagalam dlm memperkenalkan system pendidikan yg berteraskan islam ini, menyebabkan kebanyakan org Melayu dan Islam gagal dlm memahami asas2 penting dlm Islam. Cumanya kita tahu bahawa babi dan arak adalah haram tapi tidak tahu kenapa Allah mengharamkannya dan sejak bila Allah mengharamkannya..kita tahu berzina adalah haram dan tak semua tahu kenapa zina diharamkan dan kenapa perlaksanaan hukum Islam adalah berbeza2 kepada penzina? Malah kalau sebat, kenapa disebat pada bahagian2 tertentu? Kalau direjam kenapa kena rejam dan tak pancung saja? Jadi, persoalan aku, adakah PAS yakin bahawa apabila dia menjerit ingin melaksanakan system Islam, dan semua rakyat Malaysia paham tantang dasar apa yg ingin dilaksanakan? Ada kebaikannya jugak dijeritkan lebih awal, pada masa yg sama menjadi wakeup call untuk semua search utk dptkan maklumat dlm system Islam…tapi adakah itu cukup utk dijadikan sandaran bahawa perang psychology dah bermula? Mustahil system Islam tak boleh dilaksana di Malaysia yg berbilang kaum sedangkan Nabi sendiri menunjukkan bahawa ianya mampu dilaksana melalui pendekatan dlm perjanjian-perjanjian yg kita pernah baca masa sekolah menengah dahulu…cumanya aku mintak sekiranya Raop ingin menjadi wakil rakyat, persiapan2 ini perlu dilakukan dgn cara menyediakan seluruh material yg perlu dgn melaksanakan kaedah mendidik secara berhemah kepada seluruh rakyat tak mengira bangsa dan agama, dan sekiranya semuanya telah mencapai anggaran 60% rakyat Malaysia paham tentang kaedah dan asas kepada kaedah perlaksanaan, maka perlu dibawa undi di Parlimen dgn berunding dgn ahli2 parlimen Melayu dan Islam untuk vote bahawa perlaksaan system Islam perlu dilaksana cth di negeri yg dikuasi PAS sbg permulaan. Dari situ kita tahu, bahawa siapa yg ahli parlimen melayu dan islam yg tidak menyokong. Sbg wakil rakyat dan org2 yg dipilih utk mewakili rakyat dan semestinya diorg dikalangan org2 yg berilmu, jgn lar hanya bercakap diceramah2 shj sedangkan perlaksaan tak dak. Kalau dulu katanya PM dulu menolak, cuba dgn PM baru seterusnya…kalau nak seribu cara, kalau tak nak seribu dalih.

Ttg crossover party nie, aku memandang lebih kepada hikmah. Setiap sesuatu yg berlaku pasti ada sebab tersendiri dan kita sbg manusia akan cuma menafsir sesuatu peristiwa tu berdasarkan akal dan kemampuan, sedangkan Allah jualah yg layak menafsir dgn sebetul2nya. Ada hamba Allah kononya menggegarkan seluruh Malaysia malah negara2 yg berminat dgn politik Malaysia jugak sibuk nk tahu ttg kononnya akan ada 30 MP nk lompat parti kepada PR dan yg plg dahsyat nyawa dia terancam dan lari ke kedutaan turki!. Jgn bohong lar kalau kata Negara waktu tue stabil dgn provokasi hamba Allah nie..dgn suasana politik tidak menentu apatah lagi dgn ekonomi Negara, hamba Allah nie berterusan dgn angkuh kata cukup dah MP dan bersedia utk tubuh kerajaan bila2 masa shj. Kononnya hantar surat ke PM untuk bubarkan parlimen dan vote of no confidence pada PM. Kenapa masih tak abwa senarai nama jumpa agong?. kenapa tak ada waktu tu org menafsirkan bahawa itu tidak bermoral malah kebanyakan penyokong2 PR mengagong2kan dia sbg manusia yg hebat dan layak dijulang2.. percaturan Allah lagi hebat, dgn cara memalukan dia bahawa projek 16 sept tak jadi malah lebih teruk lagi perak yg tumbang kepada BN dgn cara dan kaedah yg dia canangkan iaitu lompat pari. Apabila benda tue brlaku, kalut kata semua itu tak bermoral dan mandate harus diberi kepada rakyat! So, dgn ilmu yg tinggi pada korang, apa pentafsiran korang dlm hal nie? Itu bagus sbg perang psychology? Kalau sungguh ianya benar PR nak amik alih jawatan, kenapa tak disenaraikan terus nama2 siapa yg akan jd PM, TPM dan senarai cabinet? Dgn cara tue aku rasa rakyat lebih yakin dan sudah tentu kalau senarainya baik, BN akan tenggelam! Adakah cukup dgn cara mengangkat org2 yg petah bercakap sedangkan percakapannya adalah untuk kepentingan?

Zaman Mahathir adalah satu zaman dimana Islam dan Melayu dipandang tinggi dimata masyarakat dunia dgn cara pentadbiran, dan penampilan serta keupayan beliau mentadbir Negara dlm keadaan Islam dicerca oleh org2 barat. Tak dinafikan ada perkara2 yg Mahathir buat salah salah, dan kalau benarlah, adakah beliau akan lari dr perhitungan Allah? Kita yg belom menyumbang apa2 pada kemajuan Islam apatah lagi pada anak bangsa hari ni selesa dgn menyokong individu yg cuba memusnahkan apa yg telah kita capai. Pilihanraya adalah mandate rakyat, sekiranya mandate yg diberikan oleh rakyat mcm tue walupun tidak berpihak pada kita, kita hormat dan tak perlu dicanang seluruh dunia bahawa kita mampu menumbangkan sebuah kerajaan yg diamanah oleh rakyat dan akhirnya ludahan kita kelangit jatuh kebatang hidung sendiri!

Aku yakin dgn sepenuh hati, bahawa Islam itu akan bercambah dan agung di Malaysia. Kata2 keyakinan aku ni berasas dgn situasi semasa dan atas peliharaan Allah pada bumi Malaysia yg bertuah nie. Biarlah isu tuduh bahawa org A tak Islam dan aku lebih islam dan sebagainya malah system ini tak islam dan ini lebih islam, ini adalah indications bahawa kesedaran ttg agama dan keutuhan Islam di Malaysia teguh dan sedang mengembang. Aku berpendapat, bahawa seluruh dunia telahpun sedar bahawa Islam adalah agama Allah dan agama yg benar, dan Islam perlu dijadikan panduan dlm cara hidup. Apabila dunia sekarang manusia lebih mementingkan wang dan kemewahan, Allah meletakkan malapetaka krisis ekonomi dunia sbg cara mendidik yg mudah untuk manusia2 elit paham ttg konsep yg ada pada Islam dgn memberi ruang untuk mendalami bahawa ada satu lagi system yg lebih adil dlm pengurusan kekayaan dr sekecil2 soal agihan kekayaan sehinggalah soal pinjam meminjam bahawa ianya jelas ada dlm system Islam. Malaysia adalah Negara pertama di dunia dlm pengenalan system perbankan Islam dan nampaknya seluruh dunia walaupun dlm keadaan menipu atau malu2, mengakui dan cuba melaksanakan system ini untuk memulihkan ekonomi dunia. Di UK terutamanya, ketua2 agama menyarankan kepada kerajaan supaya system kewangan Islam haruslah dilaksanakan dlm memulihkan ekonomi sekarang dgn konsep yg adil dan sempurna didapati wujud dlm system perbankan Islam. Begitu juga dgn system perundangan di UK, malah ada ketua gereja yg paling dihormati menyarankan kepada kerajaan Britain untuk memberi ruang kepada penganut agama Islam untuk melaksanakan undang2 syariah islam dlm menyelesaikan kemelut rumah tangga yg melibatkan org Islam kerana dia mengakui bahawa system yg wujud adalah sempurna dan baik untuk dilaksanakan. Malah dia juga revealed bahawa system tersebut bukan lg asing di UK kerana kebanyakan undang2 di Britain mmg diceduk drpd system islam. Kononnya UK adalah Negara terbuka, tetapi paderi ni dipecat serta-merta.


Kahwen Arif Musa

Kenai Arif Musa. Ahh.. aku sure ada di antara kome yang tak kenai. Kalau aku sebut Mat Pat dah tentu kome cepat-cepat kenai. Aku ingat 2 tahun sudah jumpa dia masa raya, muka penuh semak. Jambang tak bercukur. Baju tak kemaih. Alih-alih tahun sudah jumpa dia kat Gath Raya, mukanya dah bersih - jambang dah bercukur. Hensem!

Time tu aku dah suspek dah "dia ni, tak lama ni."

Ropenya tak lama dari raya tahun sudah dia dah nak nikah.

Alamak.. tahun depan tak merasa pergi ke gath dengan kamu n Junai. Meranjo aku kena pakai lengkap baju Melayu, padahainya pakai apa pun takpe.

Junai pulak bila nak kahwen?

OkLah.. aku mewakili Mat Pat, nak ngajak kome semua ke kenduri Mat Pat kat Lasah, 3 May 2009 ni. Nak tau detail kat mane kendurinya, boleh call Raop, Kutet, Junai dll.

Datang jangan tak datang.