Euro 2008: Rusia kalahkan Belanda

Oleh: Sam Ahmad

Rusia menjaringkan gol terlebih dahulu oleh Roman Pavlyuchenko pada minit ke 56. Tetapi Ruud Van Nistelrooy menyamakan kedudukan ketika perlawanan berbaki empat minit.

Rusia buat julung-julung kalinya melangkah ke peringkat separuh akhir Euro 2008 setelah mengalahkan Belanda 3-1.

Pada awalnya, kedua-dua pasukan bermain 1-1 hingga tamat permainan masa sebenar. Rusia menjaringkan gol terlebih dahulu oleh Roman Pavlyuchenko pada minit ke 56. Tetapi Ruud Van Nistelrooy menyamakan kedudukan ketika perlawanan berbaki empat minit.

Pada masa tambahan Rusia berjaya menjaringkan gol ke dua oleh Dmitri Torbinski. Gol pada minit ke 112 itu membuatkan Russia semakin yakin mengharungi tambahan masa. Dan hasilnya, pada minit ke 116 Russia mendapatkan satu lagi gol hasil jaringan Andrei Arshavin.

Russia menantikan sama ada Sepanyol atau Itali yang akan dijadualkan bermain pada 2:45 pagi nati (waktu Malaysia).

Walaupun sebelum ini Belanda dilihat sebagai sebuah pasukan pilihan dengan mengalahkan Perancis dan Itali pada peringkat kumpulan dengan jumlah jaringan yang besar namun pada peringkat kalah mati ini Russia nampaknya tampil dengan permainan dengan lebih meyakinkan. -- BBCIndonesia

Kedah juara Piala FA 2008

SHAH ALAM 21 Jun – Kedah mengesahkan kejaguhannya di arena bola sepak negara walaupun tanpa dua tonggak import dengan mempertahankan Piala FA selepas menundukkan Selangor 3-2 dalam perlawanan sengit akhir edisi ke-19 di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Barisan bimbingan Azraai Khor Abdullah itu berjaya membawa kembali trofi persaingan kalah mati kebangsaan ini menerusi jaringan Fadly Baharom, Khyril Muhymeen Zambri dan Syafiq Jamal pada minit pertama, m-32 dan m-50 masing-masing sekali gus merapati cita-cita mengulangi pencapaian tiga gelaran seperti 2007 selepas menjuarai Liga Super, Mei lalu.

Di depan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan kira-kira 50,000 penonton di tempat lawan yang tidak terjejas dengan kehangatan Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) 2008 dan harga tiket yang didakwa agak mahal, Kenari berjaya menghampakan Gergasi Merah.

Dua gol Selangor dijaringkan gol Amirul Hadi Zainal (m-13) dan penyerang import dari Liberia, Frank Seator (m-70) menerusi sepakan penalti.

Doa

Semalam aku dapat SMS dari Raop. Dia kata Joker (Ady Izuan) eksiden. Tak tau aku camner keadaannya.

Petang tadi Kuteq pulak bagitau -- kat chatbox kat bawah -- yang keadaan Joker kritikal, tapi keadaan sebenar dia masih belum dapat disahkan. Diharapkan keadaannya ok, dan kita yang berada jauh ni, diharap dapat mendoakan kesihatannya.

Semoga dia sihat sejahtera. Amin.

Pengendali blog Cliffordian97