Kahwen Meor

Alahai sorang lagi.

Ini mesej aku dapat dari Raop pagi tadi: "Assalamualaikum, para sahabat aku mewakili sahabat kita Meor Azmir [aka] Meor Jamuan [aka] Meor [aka] Meor Kesas [aka] Meor Taxi menjemput semua oldboys Cliffordian 97 ke kenduri beliau pada hari Ahad 6 Disember 09 di alamat Lot 2471, Jalan Kati, Kg Jamuan, KK. Moh kite beramai-ramai memeriahkan majlis.

Semoga berbahagia ke akhir hayat.

Kawan-kawan Clifford

Erm... Sorang pun kawan2 Clifford, aku tak jumpa. Raop menghilang tah ke mana, yang datang rumah aku ada lah Wan Chi. Itupun sehari sebelum dia nak angkat kaki blah balikke Sibu - kembali bertugas.

Aku sejak lepas raya ni sebok sikit, dengan life yang lagi satu. Lagipun aku dah mula nak bukak kedai. Kedai kechik jer, modal pun tak banyak. Jual buku 2nd, CD, Fanzine, TShirt dan macam macam lagi. Bisnes aku tu dibuat secara online dan tak online.

Boleh tambah duit poket sikit, kira bagus.

Kepada kawan yang nak bantu, boleh emel ke zulfikar.samsuri@gmail.com. Aku bukannya merayu nak mintak sedekah tapi kalau-kalau ada lobang baik punya, yang boleh dapat murah barang-barang yang aku sebutkan tadi.