Beh kahwin: Pelan ke rumah pengantin


Pelan ke rumah pengantin.

Kahwin: Beh pulak!

Tahniah Beh n Adik Raop, semoga berkekalan ke anak cucu...


klik pada imej untuk paparan lebih jelas

Korban

Esok kita akan menyambut Eid-ul-adha.

Dalam kehidupan ini, kita mesti berkorban, kita sanggup berkoraban demi dunia, demi kekasih, demi pelajaran, demi kerja, demi perut, demi hawa nafsu dan demi segala-gala ni’mat di dunia. Tapi selalukah kita berkorban demi Allah.

Sepatutnya kita berkorban segala ni’mat di dunia demi Allah, tapi ini tidak berlaku, malah kita ‘korbankan’ keredhaan Allah demi ni’mat di dunia. Maka, jadikanlah esok satu titik tolak bagi kita untuk mengubah paradigma korban kita dari yang ke arah yang bertentangan, tapi ke arah yang sepatutnya, arahkan kiblat korban kita kepada kiblat yang sepatutnya demi pencipta kita.

Selayaknya korban Ibrahim yang sentiasa patuh kepada arahan Allah walaupun dipinta Allah untuk menyembelih Ismail anak kesayangannya.

Pada kesempatan ini aku nak mengucapkan selamat menyambut hari raya Eid-ul-adha kepada kawan-kawan. Semoga korban kita semua akan di terima oleh Pencipta yang Maha Satu.

Pika
Pengendali Cliffordian97

Kemaskini - Alert: Anak Djon perlu bantuan

Para sahabat yang dihormati anak Djon telah selamat menjalani pembedahan di kepala buat kali ke 3 awal padi tadi. Bersama2 kita berdoa anak sahabat kita ini kembali cargas spt sedia kala. - Raop

Alert: Djon dalam kesusahan

Kepada sahabat yg dihormati aku memerlukan sumbangan dari mengkome kerana anak kepada sahabat kita Djon Sayong mengalami masalah otak disebabkan terjatuh di nusery. Jd adakah kita tgk sahaja member kita dlm kesusahan, utk maklumat lanjut call Djon. Dan ni nama dan akaun Maybank - Zulkifli B. Din, 162218426060. - Raop

Kahwin: Hairil pulak...

Pergh.. liat betul aku nak tulis blog ni. Walaupun dah abih seboknya, aku masih lagi tak tahu apa yang nak ditulis. Pada hal Raop dah banyak kali suruh aku buat pengumuman Hairil nak nikah pada 6 hb 12 ni.

Eh.. korang kenalkan Hairil kan?. Dulu pengawas kelas 5 V1, pendiam orangnya, sekali tegor sekali tu jawab. Tapi sekarang sekali tegor 5-6 patah jawabnya. Cukup peramah. Ye la.. dia pun kerja jadi agen insuran kan? Kenala peramah.

Ha.. lagi satu, dulu dia geng dengan Khaidir, Hadi Sayong, Farid Pendok ntah sapa lagi, aku lupa dah.. ingat? Satu kelaih dengan Chaim, MatNo, Sare, Ayoi Lambok, Ayoi Lias dll. Sebelah kelaih aku.

Kalau kita ukur kejayaan tu dari sudut kewangan. Aku pasti dialah orang yang agak berjaya. Pergh.. name card dia pun pakai kertas licin daa... aku salutela. Kereta aku tak tahu apa jenis kereta, lagipun aku tak berapa minat kereta ni. Tapi yang aku tahu kereta dia - kereta mahal. Aku dengo muda2 lagi dia dapat income lima digit sebulan. Dan kejayaan kewangan tu aku yakin dia akan dapat membina keluarga yang baik. Ada anak cucu yang comel-comel.

Tapi malangnya, nikah dan kenduri kahwin dia buat kat S Alam nu.. aku dah gerenti ler tak dapat gi. Kat Puncak Alam. Dekat2 dgn UiTM 2 kalau tak silap aku. Or S Alam 2. Tah aku pun tak tahu senang cakap.

Jadi sapa yang rasanya boleh pegi, pegilah.. merayakan hari bahagia Hairil dan dari aku dan kawan2 yg tak dapat datang cuma boleh kirimkan ucapan Selamat Pengantin Baru kat Hairil semoga berbahagia ke anak cucu.

p/s - ada gambo nanti Hairil kirimla..

Deepavali nal vathukal!

Pada hari yang berbahagia dan penuh bercahaya ini diharap cahaya kebaikan akan terus bercahaya menewaskan unsur-unsur kejahatan, menerangi kegelapan hari yang kita lalui.

Beringatlah, unsur-unsur kejahatan akan pasti ada dan terus ada. Dan menentangnya adalah tanggungjawab semua manusia di muka bumi ini. Cuma kita punyai cara yang berbeza-beza untuk melawannya.

Kami Cliffordian97, ingin mengucapkan Deepavali nal vathukal buat kawan-kawan penganut agama Hindu. Semoga berbahagia selalu di hari yang mulia ini.

Deepavali nal vathukal!

Gambo Cliffordian 97 reunion raya 2008 - Kamera Raop



klik pada gambo untuk paparan yang lebih jelas

Belasungkawa

Kawan2, ada ingat tak lagi dengan Zaki. Alaa.. Zaki Jipang.. budak2 asrama sure kenal. Tapi dia tak sekolah Clifford selepas form 3. Dia ke Teknik lepas tu. Tak silap aku Teknik Padang Rengas kot.. oops.. sori geng wa lupa la pulak.

Aku cuma nak khabo, baru sat ni tadi Raop aka Tuan Presiden, msg kat aku yang kata; mak (sori, Raop sendiri tak tahu samada mak atau bapak dia yang dah meninggal) Zaki Jipang dah meninggal dunia. Innalillahi hiwainnalillahirojium. Kawan2 mari kita sedekahkan surah al-Fatihah kepada orang tuanya (mak atau bapak). Semoga mak atau bapak dia dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan orang2 yang soleh dan solehah.

Dan dikesempatan ini, aku mewakili (walaupun tak pernah orang suruh) ingin mengucapkan takziah kepada Zaki Jipang sekeluarga atas kehilangan orang tuanya.

Cahaya mata: Kameel's Baby



Laa.. aku lupa facebook. Tapi takpe, Kameel dah online dah. Di atas ada slideshow gambo anak dia. Kome semua tak nak share gambo kenangan kome ke.

Cahaya Mata 3

Yaah.. sekali lagi Pika memungkiri janji.

Eh jangan lupa, akukan peng"admire" Anwar, jadi sedikit sebanyak  aku terpengaruh dengan dia. Jangan salahkan aku.

Wo geng, alamak, Kameel tak balas-balas emel aku. Sibuk betul dia. Anak sulungler katakan.  Puas aku cari kat google.  Taip Katrina-Baby-Kameel-Ispha.  

Tu la Pika, yang pergi closed YM tu sebelum sempat bookmark buat apa. Hari tu dah ada dah.

Yan tambah masalah pulak  fon aku abis kredit.

Sian kome.  Sure tertunggu2 gambo anak Kameel n berita terbaru pasal dia.  Tapi apa yang boleh aku cakap, serupa dengan anak Jibom, anak Kameel pun cute jugak. 

 Oklah.. kalau ada yang nak share gambo baby ker gambo sendiri ker, kome boleh anto kat aku.. kat zulfikar.samsuri@gmail.com

p/s - Bad tanak share, Wand Cikgu dah ada anak ker belum, aku dengor yang mungkin akan ada anak, E Pancoot kot.. aa.. Raop tanak share gambo baby.. lagi sapa yang ada lagi.. gambo anak tekak aku nak tengok jugak ker?

Cahaya Mata 2

Kameel punya bini pun bersalin jugak, dapat anak pompuan. Katrina namanya kalau tak silap aku. Aku ada gambar, tak yah tunggu kakak aku. Esok aku siarkan. Berserta dengan maklumat terbaru. Sat ni aku nak tido dulu.. gud nite. Bye...

Cahaya Mata

Wah Jibom, Tahniah. Dah jadi bapak budak sekarang. Sori, aku tak dapat nak upload gambo baby dia hari ni. Ada masalah sikit. (Bukan ada masalah, tapi tak tahu. Tunggu kakak aku balik.)

Cute. Ada iras Jibom sikit.

Nama dia An'nur Atiliya Afiqah. Pergh.. nama dia. Sape bagi? Kalau kamu bagi nama tu Jibom, sungguh dasat kamu ni.

Baby tu dilahirkan pada 29/9 di Pusat Islam al-Ridzuan, Ipoh. Beberapa hari sebelum Reunion Raya Cliffordian97. Dan ikut kata Jibom pasai tu dia tak dapat.

Uiks.. kalau tak silap aku reunion tu dibuat 4 Oktober, baby tu lahir 29/9. Alasan tak kukuh la Jibom... heheeeh... Tak, saje memain je. Itu anak pertama kamu, memang patut pun kamu tak datang reunion hari tu. Mana nak cari lampin, nak jaga bini dengan anak yang baru lahir, nak buat kenduri kesyukuran dll. Eh, lupa nak tanya, bini kamu dah keluar hospital belum? Aku dan kengkawan yang lain akan doakan bini dan anak kamu cepat sihat.

Kepada kawan2 yang tinggal dekat dgn tempat Jibom, bolehlah pergi melawat dan ucap tahniah secara live dengan Jibom dan kepada yang ada nombor Jibom leh SMS atau call ucap tahniah.

Bagi mereka yang tak de no fon Jibom atau tak tinggal dekat dengan tempat Jibom, kome semua bolehlah ucap tahniah dari jauh dengan mendoakan kesejahteraan Jibom sekeluarga.

Pasca Cliffordian reunion raya

Alamak, Epin dah marah.

Jangan marah Pin, bukan maksud aku untuk melukakan hatimu. Aku tengah bz skang, anak2 sedara aku balik raya ni. Depa asyik kat komputer, main game. Tu pasal, aku tak dapat nak update macam yang aku janjikan.

Kalau menurut Tuan Pengerusi, majlis malam tu gagal untuk mencapai matlamatnya. Tapi bagi aku pulak, majlis dah cukup buat aku seronok. Bukan senang wo -- pada saat kawan2 yang kena balik kampung bini, yang kena kerja, cuti dah abis dll -- untuk kumpulkankan seramai lebih kurang 30 lebih Cliffordian97. Jumlah tu bagi aku dah cukup bayak dah.

Malam tu ada yang keras pipi, perut sebab gelak terlalu banyak. Sekali lagi, aku kata 'bukan senang wo'. Raya setahun sekali dapat gelak besar dengan kawan2 lama. Cerita pasal hidup di asrama, mengumpat Omar, Chot, Mat Over dan Epin.. Ooops..

Ada yang siap tiru suara Omar -- Toron tak dapat datang lak, kalau tidak mesti riuh dia ngan suara Omar, tapi Raop pun ok jugak, tiru suara Omar -- tiru gaya Mat Over, Chot, Paridah, Apidah, Marina.

Raop dengan cerita yang paling best malam tu, cerita 'Siapa berak kat kelas 4V2 (aku dah lupa kelas apa)', boleh buat kengkawan sakit perut gelak. Raop cerita, "Mat Over selak2 laci terpegang taik. Abis taik kat merata whiteboard pun ada." Sampai sekarang sape yang berak tu masih lagi jadi tanda tanya.

Memang. Cerita tu diulang tayang setiap tahun, tapi cerita tu jugaklah dapat sambutan. Cerita tu dan macam2 cerita lagi, boleh buat kita tersenyum seorang bila fikirkan sengsorang dan akan gelak beso bila dengan kengkawan.

Majlis malam tu, buatkan aku tersedor yang kita semakin jauh meninggalkan zaman sekolah kita dan aku personally rasa rindu sangat zaman2 tu.

Walaupun dibekalkan balik dengan lebihan bihun dan ayam bbq, namun tidak ada yang lebih bermakna dari 'bekalan' kenang2an yang aku bawa balik. Kepada Raop, yang bersusah payah mengendalikan majlis tu, aku ucapkan tahniah dan berbanyak-banyak terima kasih. Raop melayakkan dirinya selaku Tuan Presiden Cliffordian97 dengan kelam kabut ke sana sini menjemput kengkawan yang tak tau ke rumah Dijun, menguruskan hal makanan dll lagi.

Kepada Mamee, Mat Pat, Junai dan Wan Chicak terima kasih sebab merancang untuk menjemput aku. Terima kasih jugak kat Mat Pat dan Junai yang meranjo aku pakai baju lengkap dengan samping, macam orang nak pergi menikah.

Tapi malam tu takde yang lebih mengejuk selain dari tengok Itik yang dah kurus macam papan. Aku terkejut lagi ni. Dasat tul Itik. Mamee pun dah kurus gak tapi tak macam Itik. Badan yang lain semua dah naik. Lan, Li, Junai, Aku dan Raop, Itik pulak boleh kurus.

Raop pun ada ucapan untuk majlis malam tu, " kepada semua warga Clifford 97 aku mohon ampun dan maaf jika ader terkasar bahasa dan terkutuk lebih lebih. Kepada yang ader dose ngan aku baik minta maaf cepat cepat."

Juga dari aku, kepada semua Cliffordian97 sempena raya ni aku mintak ampun dan mintak maap dan jugak kepada yang hadir malam tu aku jugak nak mintak ampun dan maap kalau aku ni menyusahkan kome semua. Aku akan lebih mandiri lain kali.

Kepada Bad, Yazdi, Fakh, Lan Joben, Megat dan Bad Bulu, kome semua rugilah.

p/s=kepada sesape yang ada gambo boleh bagi... Raop aku nampak ada kamera malam tu.

Pra Cliffordian reunion raya

Kepada semua yang rasa diri dia Clifordian 97 (sila rujuk definisi di muka depan blog) aku sebagai moderator blog ni, dan sebagai wakil kepada pro-tem commitee Cliffordian 97 nak ucap Selamat Hari Raya Idulfitri dan maaf zahir dan batin.

Woi, sementara tengah sedap mencekik lemang, ketupat, nasi himpit sambil ratah rendang daging dan ayam ingat-ingatlah kita saling mengingati antara satu sama lain. Kitakan budak Clifford.

Aku sebenornya nak suruh Raop, buat perutusan skit sempena raya ni, tapi boleh pulak aku terlupa. Sori semua. Nanti kita suruh Raop bagi perutusan selepas/pasca raya, tapi kena tunggu cuti raya abis.

Sebelum aku lupa ni, ada perkara penting kome kena ingat. Pada hari Sabtu atau 4 Raya, kome jangan lupa datang ke reunion Cliffordian97 kat rumah Dijon. Ape2 hal, kome boleh kontek Raop. Kalau tak tau jalan nak ke rumah Dijon ker, aper juadah yang dihidangkan - nak suruh tuan rumah siap2 kurangkan atau lebihkan gula ker, duit 10 hengget yang kena bawak tu untuk apa ataupun nak confirmkan kedatangan kome.

Ha.. sebut pasal duit 10 tu teringat pulak, jgn lupa bawak duit 10 hengget untuk ditong2kan untuk majlis tersebut.

Untuk Yazdi, Bad or Epin aku akan updatekan apa yang jadi malam tu kat kome seawal-awalnya pukul 3 takpun keesokannyalah. Paham2 je lah mesti ada sessi tak rasmi selepas abis sessi rasmi malam tu.

Sekali lagi diingatkan.

Cliffordian 97 Reunion Raya

Rumah dah dapat, tak yahlah sebok-sebok nak cari rumah dah. Cliffordin 97 Reunion Raya akan diadakan di rumah Djon kat Sayong Lembah. Tok sah riso, kalau tak tau macam mana nak pergi. Nanti aku suruh Raop @Tuan Presiden supaya bagi alamat penuh, tak pun lukis aje peta ke rumah dia.

Cliffordian 97 Reunion Raya dibuat pada sebelah malam iaitu pukul 9: 00 malam sampailah tuan rumah dah muak tengok muka kita dan halau kita tak pun sampai lebam. Oooh lupa nak khabo bila? Aku rasa korang takde program Raya ke 4 kan? Atau yang dah ada program raya ke 4 ni, harap-harapla kawan-kawan boleh batalkan program yang dah kawan-kawan planning tak pun tundalah ke hari-hari lain. Majlis tu akan diadakan pada Raya ke 4.

Haaa... ni ada satu peringatan daripada tuan Presiden: kawan-kawan sekalian adalah tidak digalakkan untuk membawa pasangan anda (yang dah kahwin jangan bawak bini, yang belum jangan bawak tunang atau awek).

Sebelum aku terlupa lagi kawan-kawan semua hendaklah memberi sumbangan kepada majlis tersebut, seminimanya RM10. Kesian kepada Djon sekeluarga yang bertungkus lumus menjayakan majlis tersebut - menyediakan juadah untuk kawan-kawan sekalian. Anggap jer sumbangan RM10 tu macam duit raya sedekah kat anak-anak sedara kita.

Mesej

Aku dapat mesej ni dah lama dah, 4 atau 5 hari dah kot:


Rayer aper projek? Nak buat perjumpaan kat mana? Kalau ada cadangan bagi ler kat aku. Kalau melibatkan duit, kita tong tong bersama. Kita buat raya ke 4, amacam?

- Raop.

Dan ni pulah ada mesej kat chatbox, kat bawah tu:

mungkin raya ke 4 kita akan buat makan makan tapi tgk siapa nak offer
buat rumah dia..kahh kahhh - raop

Dah dua kali dah mesej yang diterima, macam tu. Jadi kepada kawan2, saper2 yang nak offer rumah, bleh khabo kat Raop: tau no fon dia kan? khabo kat aku: tau no fon aku kan? kalau tak tau boleh emel kat aku: zulfikar_samsuri@yahoo.com ataupun kome khao kat chatbox kat bawah tu atao kat ruang komen bawah ni.

Yazdi n Bad tak balik ker raya ni?

LIVERPOOL akhirnya berjaya atasi badi Man U

LIVERPOOL akhirnya berjaya mengatasi badi Manchester United apabila gol lewat perlawanan oleh Ryan Babel memberikan kemenangan 2-1 ke atas juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu, malam tadi.

Skuad bimbingan Rafa Benitez mengalami tujuh kekalahan dalam lapan pertemuan terakhir dengan musuh ketatnya itu sejak 2004, dan Reds ketinggalan pada babak awal perlawanan di Anfield apabila Carlos Tevez menyumbat untuk United.

Tetapi gol sendiri Wes Brown memberikan Liverpool gol penyamaan pada separuh masa pertama dan Babel, masuk selaku pemain gantian hanya enam minit sebelumnya, menjaringkan gol kemenangan 13 minit sebelum tamat perlawanan.

Itu sudah cukup untuk memberikan Benitez kemenangan pertamanya dalam saingan liga ke atas United sementara ia menjadi semakin buruk buat Sir Alex Ferguson apabila Nemanja Vidic dibuang padang pada masa kecederaan kerana menyiku pemain tengah tuan rumah, Xabi Alonso.

- Berita Minggu

Tahniah

Aku selaku moderator memohon kalian semua untuk mengucapkan tahniah kepada Presiden kita (Raop ler tu) kerana telah dianugerahkan dengan seorang lagi cahaya mata pada Jumaat lepas. Mulanya dia ada khabo yg dia nak namakan anaknya dengan nama Nurul Izzah, tapi nanti kot nampak sangat pulak dia kata, jadi dia tak bubuh la. Ntah nama apa yang dibubuh ntahla. Aku lupa nak tanya.

Salam Ramadhan al Mubarak

Tadi, baru sebentar tadi diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja bahawa anak bulan Ramadhan telah kelihatan. Maka esok hari akan bermulanya puasa. Kepada sdr yang ingin menunaikan solah tarawih di Masjid bermula pada malam ini aku ingin mengucapkan selamat kepada kawan2 sekalian. Dan kepada seluruh muslimin dan muslimat aku juga ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah sebulan puasa bermula esok.

Selamat datang ya Ramadhan, selamat berpuasa.

The elusive Olympics gold

Oleh: Malaysiakini

China’s Lin Dan, in all his majesty, broke the hearts of 27 million Malaysians when he beat Lee Chong Wei for the Olympics gold medal in Beijing tonight.

On a night when nothing could go wrong for the Chinese ace nicknamed ‘Super Dan’ in the badminton fraternity, Chong Wei was clearly outclassed losing tamely 21-12, 21-8 in straight sets.

It was all over in 29 minutes.

Euro 2008: Rusia kalahkan Belanda

Oleh: Sam Ahmad

Rusia menjaringkan gol terlebih dahulu oleh Roman Pavlyuchenko pada minit ke 56. Tetapi Ruud Van Nistelrooy menyamakan kedudukan ketika perlawanan berbaki empat minit.

Rusia buat julung-julung kalinya melangkah ke peringkat separuh akhir Euro 2008 setelah mengalahkan Belanda 3-1.

Pada awalnya, kedua-dua pasukan bermain 1-1 hingga tamat permainan masa sebenar. Rusia menjaringkan gol terlebih dahulu oleh Roman Pavlyuchenko pada minit ke 56. Tetapi Ruud Van Nistelrooy menyamakan kedudukan ketika perlawanan berbaki empat minit.

Pada masa tambahan Rusia berjaya menjaringkan gol ke dua oleh Dmitri Torbinski. Gol pada minit ke 112 itu membuatkan Russia semakin yakin mengharungi tambahan masa. Dan hasilnya, pada minit ke 116 Russia mendapatkan satu lagi gol hasil jaringan Andrei Arshavin.

Russia menantikan sama ada Sepanyol atau Itali yang akan dijadualkan bermain pada 2:45 pagi nati (waktu Malaysia).

Walaupun sebelum ini Belanda dilihat sebagai sebuah pasukan pilihan dengan mengalahkan Perancis dan Itali pada peringkat kumpulan dengan jumlah jaringan yang besar namun pada peringkat kalah mati ini Russia nampaknya tampil dengan permainan dengan lebih meyakinkan. -- BBCIndonesia

Kedah juara Piala FA 2008

SHAH ALAM 21 Jun – Kedah mengesahkan kejaguhannya di arena bola sepak negara walaupun tanpa dua tonggak import dengan mempertahankan Piala FA selepas menundukkan Selangor 3-2 dalam perlawanan sengit akhir edisi ke-19 di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Barisan bimbingan Azraai Khor Abdullah itu berjaya membawa kembali trofi persaingan kalah mati kebangsaan ini menerusi jaringan Fadly Baharom, Khyril Muhymeen Zambri dan Syafiq Jamal pada minit pertama, m-32 dan m-50 masing-masing sekali gus merapati cita-cita mengulangi pencapaian tiga gelaran seperti 2007 selepas menjuarai Liga Super, Mei lalu.

Di depan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan kira-kira 50,000 penonton di tempat lawan yang tidak terjejas dengan kehangatan Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) 2008 dan harga tiket yang didakwa agak mahal, Kenari berjaya menghampakan Gergasi Merah.

Dua gol Selangor dijaringkan gol Amirul Hadi Zainal (m-13) dan penyerang import dari Liberia, Frank Seator (m-70) menerusi sepakan penalti.

Doa

Semalam aku dapat SMS dari Raop. Dia kata Joker (Ady Izuan) eksiden. Tak tau aku camner keadaannya.

Petang tadi Kuteq pulak bagitau -- kat chatbox kat bawah -- yang keadaan Joker kritikal, tapi keadaan sebenar dia masih belum dapat disahkan. Diharapkan keadaannya ok, dan kita yang berada jauh ni, diharap dapat mendoakan kesihatannya.

Semoga dia sihat sejahtera. Amin.

Pengendali blog Cliffordian97

Bantuan, alert, alert!

Kawan2 yang baik,

Kalau korang ada gambo zaman sekolah dulu, korang oops kome boleh bagi kat aku kat alamat2 kat bawah ni:

soft copy - zulfikar [DOT] samsuri [AT] gmail [DOT] com

hard copy - 73, Batu 32 1/2, Jalan Taiping, Kg Talang, 33 000, Kuala Kangsar, Perak DR.

atau kome jugak boleh berkongsi lain2 benda kenangan kita bersama. Kalau boleh aku scan aku scan, tak boleh sori la yob..

Kot-kot nak anto surat pun boleh jugak, kome khaboler perkembangan diri kome macam maner kat kawan2 ni...

Kepada kawan2 yang nak kawen, peh tu pulak nak ajak rame kengkawan, sila bagi kad, aku akan scan letak dlm blog ni, buat advert sikit, ajak kwn2 datang..

Selain daripada tu jugak, kome khabo ler kat aku cadangan2 untuk menaik tarafkan blog ni... ok tu je lah aku ingt kot..

Haa! Sebelum aku lupa, kepada yang ada kawan dengan awek2 bolehler ajak berkawan sekali dengan blog ni n dengan orang2 dalamnya... kita mengeratkan tali silatur rahim... dengan balak pun boleh layan hahahaha...

Ingat, blog ini kepunyaan budak2 Cliffordian97 aku cuma pengendali yang kadang2 tersalah guna kuasa, jadi buatlah blog ni macam korang punya blog...

Zulfikar Samsuri
Pengendali Blog Cliffordian97

Man United raih juara Liga Champions

Van de Sar wira!

Manchester United lebih duhulu mendahului 1-0 hasil jaringan Ronaldo, namun menjelang akhir babak pertama Frank Lampard menyamakan kedudukan 1-1 yang bertahan hingga ke masa tambahan.

Dalam penentuan sepakan penalti yang berkesudahan 6-5 untuk United, Ronaldo gagal menjaringkan gol sementara dari Chelsea, tendangan John Terry mengenai tiang gawang sementara tendangan Anelka ditangkis kiper Manchester United, Edwin Van de Sar.

Tendangan penalti Nicolas Anelka diselamatkan oleh Edwin van der Sar sehingga memberi kemenangan kepada Manchester United dalam final Champions League setelah menang dalam penentuan sepakan penalti dengan jaringan 6-5 setelah dalam pertandingan 120 minit jaringan terikat 1-1.

Tandukan Cristiano Ronaldo pada pertengahan babak pertama berjaya mendahului 1-0 bagi United yang seharusnya menambah satu dua gol lagi pada babak pertama, tetapi pada minit-menit terakhir Chelsea justeru menyamakan kedudukan menjadi 1-1.

Babak ke dua permainan seringkali dikuasai Chelsea, Didier Drogba yang dikawal ketat oleh Nemanja Vidic sepanajng pertandingan, sempat lolos dari kawalan tetapi tendangannya menghantam tiang gawang.

Michael essien juga mengalami nasib yang sama.

Sepanjang masa permainan 90 minit dan masa tambahan tidak berhasil memisahkan ke dua-dua buah pasukan.

Lebih malang buat Chelsea, Didier Drogba dilayangkan kad merah lima minit sebelum permainan tamat kerana mengasari Vidic.

Selepas itu penentuan sepakan penalti akhirnya berpihak kepada Manchester United dan melayakkan mereka untuk menjulang piala yang berprestij bagi bolasepak eropah, Piala Champions League. - BBCIndonesia.com

kredit gambar: BBCIndonesia.com

China kuasai Piala Thomas dan Uber

Oleh: Bernama

China muncul juara Piala Thomas buat kali ketujuh, kali ketiga berturut-turut sejak 2004, selepas menundukkan Korea Selatan 3-1 pada perlawanan akhir di Stadium Tertutup Istora Senayan di sini hari Ahad.

Pilihan utama itu bagaimanapun diberikan tentang sengit oleh Korea Selatan, yang beraksi buat pertama kali pada perlawanan akhir.

China mendapat mata pertama menerusi pemain nombor satu dunia, Lin Dan yang menundukkan pemain nombor lapan, Park Sung Hwan.

Selepas tunduk 10-21 pada set pertama, Lin Dan bangkit untuk menang dua set berikutnya 21-18, 21-8 untuk kemenangan dalam masa 69 minit.

Korea Selatan bagaimanapun menyamakan mata apabila beregu ketiga dunia, Jung Jae Sung/Lee Yong Dae menundukkan pasangan nombor dua Cai Yun/Fu Haifeng 25-23, 21-16.

Pemain nombor tiga dunia, Bao Chunlai menjadikan kedudukan 2-1 untuk China apabila mengetepikan pemain nombor sembilan Lee Hyun Il 28-26, 21-11 dalam masa 46 minit.

Beregu lelaki nombor sembilan dunia, Xie Zhongbo/Guo Zhengdong memberikan mata kemenangan China dengan menundukkan beregu nombor lapan Lee Jae Jin/Hwang Ji Man 21-12, 19-21, 21-12 dalam masa 65 minit.

China layak ke perlawanan akhir setelah menundukkan Malaysia 3-2 pada peringkat separuh akhir manakala Korea Selatan mengalahkan tuan rumah, Indonesia 3-0.

tambahan ed - Sehari sebelumnya China juga berjaya merangkul kejuaraan piala Uber selepas membenam cabaran Indonesia 3 - 0.

Man U Juara EPL

beritaKali ini Christiano Ronaldo tidak mis sepakan penalti. Langsung dia berhasil membantu pasukannya Manchester United memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Satu lagi gol berjaya dihasil oleh Ryan Gigg, hasil lorongan cantik Wayne Rooney dirembat sempurna oleh Gigg.

Man U yang mencatatkan keputusan menang 2 - 0 ke atas Wigan Athletic dan meninggalkan pesaing terdekat Chelsea, hanya dua mata sahaja.

Perlawanan malam ini mempunyai signifikannya yang tersendiri, kerana kedua-dua pasukan, Man U dan Chelsea perlu menang sementara mengharap lawan mereka seri atau kalah. Walaubagaimanapun di segi jaringan masih berpihak kepada Man U.

Man U selaku juara mengutip keseluruhan sebanyak 87 mata dari 38 permainan sementara Chelsea ditangga kedua dengan mengutip 85 mata dari 38 permainan. Diikuti dengan Arsenal ditangga ketiga dengan 83 mata, Liverpool ditangga keempat dengan 76 mata dan Everton ditangga kelima dengan 65 mata.

Sementara itu Ronaldo juga mengakhiri musim ini sebagai penjaring terbanyak dengan mengjaringkan 31 gol, meninggalkan Emanuel Adebayor di tempat kedua dan Fernando Torres ditempat ketiga. Masing-masing Adebayor dan Torres menjaringkan 24 gol.

sumber: LiputanBola
Di bawah aku sertakan dua buah foto bekas pengetua SMK Clifford yang menerajui sekolah ketika kita menjadi pelajar. Kalau kawan-kawan tau serba sedikit cerita tentang mereka dalam dua tiga tahun yang lepas, sila tulis kat komen di bawah supaya boleh kita kongsi bersama.

Cikgu Deris (Tn. Haji Idris bin Abdul Majid)
pengetua 1992 – 1994

Cikgu Omar (Tn. Haji Mohamed Omar bin Mazar Ali)
pengetua 1994 – 1999

kredit foto Portal SMK Clifford.

Tentang Sekolah Menengah Kebangsaa Clifford, Kuala Kangsar


(dipetik dari Wikipedia)

SMK Clifford, Kuala Kangsar ini berasal dari sekolah Melayu yang di dirikan dalam bulan Disember 1897. Pada tahun 1897 muncul "Sekolah Inggeris Kerajaan" dan di kenali juga sebagai "Sekolah Hogan" sempena nama guru besarnya yang pertama, Encik James Percival Charles Hogan. Pelajar sekolah ini bermula dengan jumlah daftar sebanyak 40 orang murid pada tahun awal penubuhannya dan menjadi 494 orang pada tahun 1928. Sehingga tahun 1905, sekolah ini mencatatkan rekod menjadi sekolah campuran yang pertama di Perak mempunyai pelajar perempuan. Dari segi tenaga pengajar, bermula tahun 1905, sekolah ini hanya mempunyai seorang guru besar dan empat orang guru bagi 158 orang murid. Pada tahun-tahun berikutnya, tenaga pengajar terdiri daripada bangsa Eropah, India, Cina dan Melayu. Hanya pada tahun 1924, sekolah ini mempunyai guru besar dari keturunan Arab, iaitu Tuan Syed Shaidali.

Pada tahun 1928, sekolah ini mendapat namanya yang baru dikenali sebagai "Sekolah Clifford" mengambil nama Gabenor Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Malaya ketika ini, Sir Hugh Clifford. Kemajuan sekolah ini sebelum perang banyak bergantung kepada usaha-usaha gigih pendidik-pendidik keturunan Eropah, Arab, Cina, India termasuklah juga guru-guru Melayu. Ketika Perang Dunia II, sekolah ini bertukar status menjadi markas tentera Jepun sehingga tahun 1946. Selepas tamat perang, pembangunan dan kemajuan Sekolah Clifford dibangunkan bersunguh-sungguh oleh pemangku guru besar ketika itu, Encik Arumukham bersama-sama dengan kakitangan guru. Dalam masa tersebut, sekolah menghadapi banyak masalah kekurangan perabot dan buku-buku.

Sekolah Clifford mula menawarkan mata pelajaran sains pada tahun 1946 dan dalam tahun-tahun 1940-an menunjukkan prestasi yang cukup baik dari aspek peperiksaan. Senior Cambridge juga menyaksikan ramai lepasannya berpeluang belajar di institusi pengajian tinggi seperti Kolej Perubatan Raffles Singapura, Kolej Pertanian Serdang dan universiti luar negeri khusus Britain. Keputusan peperiksaan Senior Cambridge juga menunjukkan prestasi yang paling membanggakan kerana tidak ada seorang anak Melayu pun yang gagal ketika itu.

Pada ketika usia meningkat 100 tahun, sesungguhnya Sekolah Clifford amat bertuah kerana dipilih menjadi salah sebuah sekolah perintis "Sekolah Bestari". Semoga Sekolah Clifford akan berkembang di masa-masa yang akan datang.

Senarai Pengetua 1897-2005

Encik James Percival Charles Hogan (1897-1924)
Kapten Syed Shaidali (1924-1927)
Encik J.L. Nichol (1928-1930)
Kapten Bernard Preedy (1930-1935, 1936-1937)
Encik D. Roper (1935)
Lt. Col. C.A. Scott (1938)
Encik T.P.M. Lewis (1939-1941)
Encik V. Arumukham (1945-1946)
Encik K.D. Luke (1946-1948)
Encik F.H. Jones (1948-1950)
Encik M. Campbell (1950)
Encik D. Bennett (1950-1953)
Encik M.D.F. Potter (1953-1956)
Encik A.D. Bunford (1956)
Encik Karam Singh (1956-1968)
Encik Chee Hee Yin (1969)
Encik Goon Fatt Chee (1969-1971)
Encik Goh Kee Meng (1971-1979)
Tuan Haji Azidin bin Mahmud (1980-1989)
Encik Zainal Badri bin Ahmad Rafaei (1989-1992)
Tuan Haji Idris bin Abdul Majid (1992-1994)
Tuan Haji Mohamed Omar bin Mazar Ali (1994-1999)
Tuan Haji Mohd Hani bin Alang Ismail (1999-2002)
Tuan Haji Ngazizan bin Din (2002-sekarang)

Cogankata sekolah

"THE SHIP IS MORE THAN THE CREW" adalah moto Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford. Dahulu moto ini diletakkan pada lencana sekolah tetapi sekarang ditiadakan.

"THE SHIP" adalah perkataan simbolik yang bermakna "SEKOLAH" dan "THE CREW" membawa makna "PELAJAR".

Oleh itu, makna tersirat bagi moto sekolah 'THE SHIP IS MORE THAN THE CREW' adalah sekolah atau alma mater (ibu kandung) lebih penting daripada para pelajarnya. Lebih jelas lagi bererti setiap pelajar lepasan sekolah ini, akan atau telah menempa kejayaan setelah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford. Sekolah telah memberi segala bentuk kemudahan, bimbingan, dorongan, nasihat dan pengalaman sehingga para pelajar menjadi tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang pekerjaan.

Sehubungan dengan itu, para lepasan Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford seharusnya tidak melupai sekolah. Sebaliknya mereka harus sentiasa menghubungi sekolah dan memberi pelbagai sumbangan. Para pelajar lepasan Clifford juga harus bersatu dalam sebarang urusan atau permasalahan sekolah. Janganlah seperti 'Kacang lupakan Kulit'.

Kuala Kangsar banyak tempat bersejarah

Oleh Raja Norain Hidayah dan Zatul Iffah Zolkiply

(BH) BANDAR Diraja Kuala Kangsar yang terletak di pinggir Sungai Perak terkenal sebagai satu daripada destinasi pelancongan menarik di negara ini. Oleh itu, tanpa melawat bandar ini lawatan seseorang itu ke Perak dianggap masih tidak lengkap.

Kuala Kangsar mendapat nama sempena 99 kuala yang ada di Sungai Perak yang mana penduduk tempatan menyebut 'Kuala Kurang Sa' iaitu kurang satu ke seratus dan kemudian bunyinya disebut seakan Kuala Kangsar.

Namun, ada versi mengatakan ia diambil sempena nama pokok kangsar yang banyak tumbuh di tebing Sungai Perak.

Bandar ini terkenal dengan hasil pembuatan labu Sayong dan pengunjung dapat melihat replika gergasi labu ini yang dihias di tengah-tengah bandar Kuala Kangsar selain boleh melihat sendiri proses pembuatannya.

Istana Iskandariah yang terletak di Bukit Chandan adalah istana rasmi tempat bersemayam pemerintah negeri yang ditabal sebagai Sultan Perak sejak 1933.

Istana yang diambil sempena nama Sultan Iskandar Shah ini menjadi tempat pertabalan Sultan-Sultan Perak dan upacara terbaru ialah Perkahwinan Diraja Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah dengan Tuanku Zara Salim pada Mei lalu.

Satu lagi tarikan pelancongan di Bukit Chandan ialah Masjid Ubudiah yang dianggap satu masjid terindah di Malaysia dan menjadi simbol kebanggaan dan kesucian agama untuk umat Islam di Perak.

Pembinaan masjid ini diilhamkan oleh Sultan Perak ke-28, Sultan Idris Murshidul Adzam Shah Satu pada 1910 dan siap sepenuhnya pada 1917 dan dirasmikan oleh Sultan Jalil Shah setahun selepas kemangkatan Sultan Idris.

Antara mercu tanda kecemerlangan pendidikan di Kuala Kangsar ialah Kolej Melayu Kuala Kangsar atau lebih dikenali dengan nama Malay College Kuala Kangsar (MCKK).

Sekolah yang dibina pada 1905 ini suatu ketika dulu adalah tempat untuk mendidik dan melatih golongan elit Melayu, yang terdiri daripada kerabat Diraja dan juga pegawai kerajaan bagaimanapun syarat kemasukan dilonggarkan ekoran kebangkitan nasionalisme.

Antara kerabat Diraja dan pembesar negara yang pernah menuntut di MCKK ialah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah; Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar dan bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein.

Kepada pengunjung yang gemarkan pengembaraan alam semula jadi, Safari Sungai Perak adalah satu siri pengembaraan yang menarik walaupun kurang mencabar berbanding Safari Afrika Timur, namun ia lebih murah dan selesa.

Safari Sungai Perak akan membawa pengunjung menyusuri sepanjang Sungai Perak selam dua jam 25 minit serta melihat kehidupan semula jadi penduduk tempatan yang tinggal di sekitar kampung di pesisiran sungai dan pelbagai habitat sungai seperti tuntong selain haiwan liar seperti monyet yang berkeliaran mencari makanan.

Bagi yang gemarkan aktiviti perkelahan seharusnya tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi Air Terjun Ulu Kenas.

Galeri Sultan Azlan Shah yang tersergam indah di Bukit Chandan dibina untuk tatapan umum sebagai pengetahuan kepada laluan perjalanan hidup Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Galeri yang dibina pada 30 November 2001 dan siap sepenuhnya pada 15 April 2003 ini adalah idea daripada baginda Sultan Azlan sendiri.

Galeri ini bukan saja dapat berfungsi sebagai sumber rujukan, malah membolehkan pengunjung mengenali lebih mendalam perjalanan hidup seorang Raja malah dapat meningkatkan fahaman dan apresiasi rakyat terhadap Institusi Raja Berperlembagaan.

Pokok getah tertua di semenanjung Malaysia ditanam di bandar ini pada 1900 oleh Residen British di Perak ketika itu, Sir Hugh Low yang membawa masuk benih getah ke Kuala Kangsar untuk membuka ladang getah.

Tahniah

Sekalung ucapan tahniah buat MB Perak yang baru, Ir. Mohd Nizar di atas perlantikannya ke jawatan tersebut.


Bagi pihak blog Cliffordian97, kami juga berharap bahawa setiap pekerjaan pentadbiran dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan setiap manifesto kerajaan pakatan DAP-PKR-PAS dapat dilaksanakan walaupun dengan cara berperingkat-peringkat. Sekiranya gagal, kami yakin bahawa rakyat negeri Perak tidak akan teragak-agak menukarkan kembali kepada kerajaan BN.
Sekali lagi tahniah.

Belasungkawa

beritaTiga hari lepas ibu kepada Hussein Chandan telah kembali ke rahmatullah. Tak terlewat rasanya untuk menziarahi ahli keluarga Hussein, mengucapkan takziah kepada mereka dan sedeqahkan kepada roh aruah dengan suratul Fatihah. Semoga roh ibunya dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al - Fatihah.

Gambo gath III - Kamera Abg Chik

5 V 2


kemaskiniDuduk di hadapan dari kiri: Ejai Talang, Hussin, Rasheen, Abg Chik, Pn. Rahijah, Lan Kembo, Man Laksa,Wan Sayang @ Wan Cikgu, Uthayan.
Berdiri di hadapan dari kiri: Badrin, Rizal, Shahidan, Balasingam, Haidir, Mukunthan, ______,_____, Arip, Li Kembo,_________.
Berdiri di tengah-tengah: ______, Dijun, ______, ______, _______, Raop, So'id @ Tiong,______,__________,________,______________,______,________.
Berdiri di barisan paling belakang: _______,Helmi, Bad Bulu, Kelantan, Itik, Ipin, Zaid, ______, _______.
p/s - aku dah pening dengan kedudukan kelas kamu raop. ni ade senarai nama yg lain: rudy, chan chandan, d'jon, aki talang, arwah saloi, raop, soib, anas, kelana, aid, eabon, chandramorgen, yazid, helmi, bad bulu, kelantan, poi ya, itik, ipin. pandai2lah susun sendiri. sori kengkawan.

5 V 1


kemaskiniduduk dari kiri: Naza, Azam, Sare, Caikgu Wan Norfaezah, Chut, Todin, Kamarul Sayong.
berdiri di tengah-tengah dari kiri: Wat, Megat, Heriz, Hairil, Mi, Ezri, Ayoi Liah.
berdiri di belakang dari kiri: Junai, Mad Nor, Sompek, Cain, Roni, Ayoi Kecik, Eja Manong.
p/s - takde dlm gambo: Arwah Shahril Ayam

Gambo Gath II Bahagian III - Kamera Jamel

Gambo Gath II Bahagian II - Kamera Jamel

Gambo Gath II Bahagian 1 - Kamera Jamel

Kahwin Abang Beso - Kamera Jamel

Kahwin Begun - Kamera Jamel

Gambo Gath - Kamera Idan

Kepimpinan Cliffordian97

Presiden: Raop

Tim. Presiden: Senoi

Setiausaha: Hairil

Bendahari: Abg Chik

Ketua Bahagian Kedah, Perlis, Hadyai dll: Begun.

Ketua Bahagian KL: Dijun

Ketua Bahagian Melaka: So'id

Ketua Bahagian Johor: Ipin.

Ketua Bahagian Kuale: Ajez.

5 K 2


Duduk dari kiri: ______X3, Cikgu Bakor, Tajol, Aizul, Muthalib.
Berdiri dihadapan: Raman, __________X5.
Berdiri di tengah2: _________X2, Wan Chicak, Rizman, ______, Pok Li.
Berdiri di belakang:________X5
p/s: sorry gambo kaler black n white, pasal amik kat majalah sekolah. Sesape yang ada gambo kaler dan gambo-gambo lain yang menarik yang nak dimasukkan ke blog ini boleh bagi kat aku pos/datang sendiri: alamat seperti yang disediakan. Atau sesaper yang ada gambo dalam bentuk digital boleh bagi kat alamat emel juga seperti disediakan. Sori jugak pasal ade satu dua nama yang aku dah lupa nama dia: gambo tak clear, mmg betul2 lupa nama dia atau tak kenal atau ingat muka tak ingat nama.

5 K 1


Duduk dari kiri: Abom, ______, Embut, Beh, Pak Ya, _______, _______, ________, Wan Amir.
Berdiri di barisan hadapan: Yahya, Pok Chan?, _________,______,___________,________, ___________,________,______,__________.
Berdiri di tengah2: _________X11.
Berdiri di barisan belakang: ________X5, Krishna Giant, ________X3.
p/s: sorry gambo kaler black n white, pasal amik kat majalah sekolah. Sesape yang ada gambo kaler dan gambo-gambo lain yang menarik yang nak dimasukkan ke blog ini boleh bagi kat aku pos/datang sendiri: alamat seperti yang disediakan. Atau sesaper yang ada gambo dalam bentuk digital boleh bagi kat alamat emel juga seperti disediakan. Sori jugak pasal ade satu dua nama yang aku dah lupa nama dia: gambo tak clear, mmg betul2 lupa nama dia atau ingat muka tak ingat nama.

5 Sains 1

Duduk di hadapan dari kiri: Hadi, Bad, Tapa, Kuteq, Cikgu Khairunasri, Lan Kepen, Joe, Wan Kukor, Farid Mamat.
Berdiri d ihadapan dari kiri: Awie Toyoi, Betty, Khari, Labu, Joker, Im, Phancoot, Pokmen, Meor, Begun.
Berdiri di tengah-tengah dari kiri: Teoh, Nurshahril Shazly, Mamee, Jamel, Lau, K7, Danarasah, Davasilan, Pika.
Berdiri di belakang dari kiri: Peter, Khuru, Thiru, Yazdi, Balraj, Sakthi, Vasu.
-----------------------------------------------------
p/s: sorry gambo kaler black n white, pasal amik kat majalah sekolah. Sesape yang ada gambo kaler dan gambo-gambo lain yang menarik yang nak dimasukkan ke blog ini boleh bagi kat aku pos/datang sendiri: 73, Batu 32 1/2, Jalan Taiping, Talang, 33 000, K. Kangsar, Perak. Atau sesaper yang ada gambo dalam bentuk digital boleh bagi zulfikar[DOT]samsuri[AT]gmail[DOT]com

Maal Hijrah

Jadikanlah hari ini sebagai titik tolak untuk kita melakukan perubahan. Berhijrah selayak junjungan besar kita kita, Muhammad SAW berhijrah dari kota Mekah ke kota Madinah. Selamat Menyambut Maal Hijrah.

Zulfikar Samsuri
Pengasas Blog Cliffordian 97.